Lahad Datu (28/3/2010) – Sempena perayaan minggu Palma dan Hari Belia Sedunia, seramai 25 ahli tim Kerasulan Belia Paroki St Dominic Lahad Datu termasuk Sr Rusiah Garuk fsic telah diutus oleh Rev Fr Simon Kontou dalam perayaan Misa Kudus Minggu Palma.
Pelancaran logo KBP juga turut dilaksanakan oleh Fr Simon. Pelancaran dan pengutusan ini disaksikan oleh umat-umat yang hadir bersama merayakan Minggu Palma.
Sesudah perayaan misa kudus, acara sukaneka disediakan bagi para belia untuk turut serta dalam merayakan Hari Belia Sedunia.
Seramai lebih kurang 200 orang belia yang berumur dalam linkungan13 tahun keatas menyertai acara ini termasuklah dari outstasi Felda.
Antara permainan yang dijalankan adalah tarik tali, “the Longest Line”, “Three Legged Race”, “Explorace” dan sebagainya. Soalan berbentuk kerohanian turut diselitkan dalam beberapa permainan terutamanya dalam permainan “Explorace”
Shirley Yong