Lahad Datu – Khamis Putih adalah hari Khamis dalam Minggu Suci, atau hari pertama dalam Triduum Paska (Holy Triduum). Pada hari ini, kita diajak untuk memperingati dan merayakan malam terakhir yang diadakan oleh Yesus bersama para rasul.
Seramai 12 orang umat terpilih untuk pembasuhan kaki yang dilakukan oleh Rev Fr Simon Kontou. Dalam homilinya,  Fr Simon mengalakkan umat untuk melakukan pembasuhan kaki di kalangan ahli keluarga masing-masing.agar kta sama seperti Dia, dapat mengasihi dan melayani antara satu dengan yang lain.

2hb April 2010 adalah hari Jumaat Agung di mana kita mengenangkan kesengsaraan dan penderitaan Yesus Kristus dalam penebusan umat manusia. Perjalanan Jalan Salip pada Jumaat Agung dijalankan di tempat kediaman saudara Edwin Kouju di KM Jalan Sandakan-Lahad Datu pada pukul 7 pagi. Manakala misa sembayang Jumaat Agung dimulakan pada pukul 2 petang dan 5 petang.

Malam Paskah disebut ‘Sabtu Suci’ atau “Vigili Paskah”. Vigili Paskah bererti berjaga bersama Yesus Kristus yang  beralih dari kematian menuju kebangkitan. Perayaan Malam Suci Paska dirayakan bersama Rev Fr Jasery Gabuk yang bermula dari gelanggang bola keranjang gereja dengan nyalaan api Lilin Paska. Tahun ini, lebih 100 katekumen IKD dan IKK dibaptiskan di Gereja St Dominic.

Oleh Shirley Yong