Sandakan. 31/07/10. KKD Katedral telah  melawat ke kawasan Taman Kam Jai Yen, Sandakan. Penghuni Kristian Taman merasa gembira atas kunjungan tersebut, miskipun ada gangguan hujan renyai-renyai. “Masih ramai lagi umat Katolik di kawasan ini yang belum mengetahui program ini.” kata sr. Appolonia. “Walaubagaimanapun kita amat bersyukur kerana beberapa keluarga hadir”. Katanya.

“Saya sangat gembira kerana kita sudah mulai mengenal antara satu sama dengan yang lain”. Kata George seorang bapa, turut serta isteri dan dua orang anaknya. “kita boleh mengadakan aktiviti kekeluargaan”. katanya lagi.

Album kenangan bersama Komuniti Katolik Taman Kam Jai Yen Sandakan

“Inilah pertemuan komuniti yang pertama selain dari lawatan rosari dan karolling di kawasan ini”. Kata pn. Rosliah Ignasia Antis yang berasal dari daerah Beluran yang sudah lama menetap di situ, selaku tuan rumah pertemuan. 

“Saya mengharapkan agar pertemuan ini akan berterusan, membolehkan kita berkongsi iman yang lebih mendalam lagi” Kata Joseph, hadir bersama dengan keluarganya.

Pertemuan pertama Komuniti Kristian Taman Kam Jai Yen Sandakan.

Pertemuan malam itu sangatlah menarik kerana kehadiran beberapa keluarga baru. Selepas suai kenal diadakan makan malam bersama secara potlak. Peluang ini membolehkan ahli-ahli komuniti berinteraksi. Sesi pada malam itu Sr. Appolonia menerangkan secara singkat tentang langkah-langkah untuk merayakan Sabda Tuhan yang lebih efektif.

Sr. Veronica selaku pengerusi KKD Katedral memperkenalkan Ahli Jawatan KKD yang dibentuk. “Kita semakin ramai dan akan bersedia melayani Misa Kudus pada masa akan datang”. katanya.

KKD Katedral merancang akan melawat tiga buah komuniti Kristian di kawasan Taman Fajar Perdana dan Taman Airport Sandakan pada masa akan datang. 

KKD Katedral.