Album ..MERDEKA |
TELUPID- Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 menjadi lebih bermakna jika dirayakan bersama Perayaan Ekaristi, lebih-lebih lagi bagi menyemarakkan semangat cintakan bumi Malaysia.
Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah dibawa ke persembahan. |
Perayaan Ekaristi yang dihadiri seramai 100 umat itu telah membuktikan bahawa dalam suasana kemerdekaan doa permohonan bagi keamanan, keharmonian kaum dan kebebasan beragama menjadi intipati perayaan.
Fr. Marcellinus mengetuai upacara menaikkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan Negara Ku dan Sabah Tanah Air Ku |
Dalam homili, Fr Marcellinus menyeru umat untuk sentiasa bersyukur kerana diberikan keperluan asas oleh kerajaan walaupun ada kalanya berhadapan dengan situasi yang memerlukan pengorbanan.
Laungan…Merdeka! Merdeka! Merdeka! |
Beliau turut membacakan perutusan Persekutuan Kristian Malaysia sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Oleh: Lawrence/SOCCOM Paroki