Sandakan – Komiti Keluarga Katolik (KKK) St. Mary, Sandakan sekali lagi telah mengadakan Seminar Pra-Perkahwinan pada 25 dan 26 September 2010 bertempat di Dewan Paroki St. Mary, Sandakan.

Seminar bertujuan mempersiapkan para calon yang ingin mendirikan rumahtangga dalam Gereja Katolik.
Seramai 16 pasangan telah mengikuti seminar ini yang datang dari pelbagai tempat seperti Pamol, Beluran, Ulu Dusun, Batu 19 dan kawasan Bandar Sandakan.

Antara topik-topik ceramah yang telah disampaikan semasa seminar tersebut adalah:

Perkahwinan menurut Rencana Tuhan (Sakramen Perkhawinan)
oleh Deacon David Garaman

Komunikasi dalam Rumahtangga
oleh Pius Gorohom

Pengurusan Ekonomi Rumahtangga
oleh Adaris M. Sintan

Tanggungjawab Ibubapa
oleh Richard Atilano

Merancang Keluarga menurut Ajaran Katolik
oleh Pius Gorohom

Kekudusan dalam Keluarga
oleh Richard Atilano

Kaedah merancang secara Semulajadi (BOM) dan Penyakit Kelamin
oleh John BaptisJoannes

Dalam penggulungan pada sesi terakhir dalam seminar ini, Pius Gorohom, salah seorang penceramah telah menyarankan kepada para peserta, selain dibekalkan dengan maklumat-maklumat yang telah diterima melalui sesi-sesi sepanjang seminar, setiap pasangan yang ingin berkahwin haruslah benar-benar bersiap sedia dalam semua aspek persediaan perkahwinan terutamanya dalam menguruskan persiapan Liturgi dan Bajet Perkahwinan.

Setelah itu, sesi penyampaian Sijil Penyertaan kepada para peserta telah disempurnakan oleh Matheus Sodomon, Pengerusi KKK dan John Baptis, Pengerusi MPP.

Seminar diakhiri dengan nyanyian dan doa penutup.
Soccom Paroki Katedral St Mary, Sandakan