Album Kenangan Bapa Uskup, Fr. Marcel dan penerima Sakramen sedang memotong kek.
TELUPID – Misa Kudus khas sempena  Hari Paroki  Santo Penaung St. Martinus  yang  ke 44  di Gereja St Martin Telupid pada 7 November lalu.  Selebran oleh Uskup Julius Dusin Gitom,  Fr. Macelinnus Pongking  (Paderi Paroki St Martin Telupid) dan Rev. Fr. Bruno Yasun  (Paderi Paroki St Claver Ranau).

Sekitar 500 umat  datang dari seluruh outstasi Paroki Telupid.  Tema perayaan bagi tahun ini adalah  “ Melayani sesama dengan kasih Allah ”  ia adalah merupakan motto Bapa Uskup sendiri. 



Bapa Uskup Julius dalam pesanannya amat menghargai kerjasama Komuniti Kristian Dasar (KKD) yang telah menjayakan perayaan ini.  Seterusnya beliau mengingatkan bahawa  pembangunan fizikal gereja adalah tanggungjawab umat.
Bapa Uskup telah mengurapi minyak Krisma dalam upacara Sakramen Penguatan kepada seramai 60 orang.  Dalam homilinya beliau  menyeru agar mereka terus melibatkan diri di dalam pelayanan supaya  krisma yang mereka terima menjadi hidup.
Paderi Paroki,  Rev. Fr. Marcellinus Pongking merasa gembira kerana semangat bersatu padu, iman yang tumbuh, persekutuan yang erat dan cintakasih yang berterusan dalam Komuniti.  Perayaan tahun ini adalah atas bantuan dan kerjasama sepenuhnya daripada semua KKD.
Bishop Julius Menerima penhargaan daripada sdra Albert Matusin
Pengerusi Majlis Pastoral Paroki (MPP)
Mengulas mengenai genapnya 44 tahun Paroki Telupid, Fr. Marcellinus menyatakan bahawa setakat ini paroki Telupid telah menghasilkan beberapa orang ‘aspiran’ dan seorang sister. Beliau berharap agar dalam beberapa tahun akan datang, akan ada individu yang akan ditahbis menjadi paderi .
Sementara itu, Pengerusi MPP, Sdra Albert Matusin di dalam ucapannya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Bapa Uskup Julius kerana sudi hadir.  
Beliau juga turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Rev. Fr. Bruno yang pernah bertugas sebagai paderi di paroki Telupid.

Fr. Marcellinus Pongking menyampaikan sesuatu tanda penghargaan kepada Fr. Bruno 
Selepas Misa Kudus.  Majlis Makan bersama diadakan di Dewan Bishop Datuk Simon Fung.  Pelbagai acara menarik dipersembahkan oleh KKD.


Hildy boy Albert / Foto  Miansun /SOCCOM