Sandakan: Pada tahun ini, sekali lagi KKD Merak telah keluar menyebarkan khabar gembira Kelahiran Penyelamat Manusia, Yesus Kristus.
Ahli Karol Krismas KKD MERAK seramai 46 ahli telah dibahagikan kepada dua kumpulan bagi mempercepat lagi lawatan rumah ke rumah kerana semakin lama umat Katolik dalam KKD MERAK (Taman Merpati, Taman Rajawali dan Taman Kenari, Batu 7, Sandakan) semakin bertambah.
Perkongsian saudara Anthonius selaku pemain gitar KKD MERAK, “Saya rasa sangat bagus berada dalam Komuniti Kristian Dasar di MERAK kerana suasana yang akrab cukup dirasai biarpun berada di kawasan bandar. Saya amat berharap agar KKD MERAK dapat bertahan malahan semakin berkembang sampai bila-bila pun.”
A. M. @ MOKOK