ST. DOMINIC LAHAD DATU. 19-20/11/10.  REKOLEKSI Ke 3 Kerasulan Belia Sandakan (KBK/DYA) melakukan pengasingan untuk discernment  di tempat yang sunyi di Sg. Malua Bt. 8. Kawasan Hutan Simpan Ulu Segama Malua. Lahad Datu. Sabah. Kemudian menamakan tempat itu sebagai ‘Perkemahan St. Mary’s Grotto’ bagi maksud lokasi rekoleksi.



BILIK MESYUARAT PAROKI ST. DOMINIC LAHAD DATU

Ahli DYA/KBK sedang berkongsi pengalaman berhubung dengan pemahaman masing-masing tentang rekoleksi.  Turut hadir Rev. Fr. Jasery Gabuk  memberi pendalaman dan pengertian tentang teks Injil yang dipetik. Sesi dikendalikan oleh Sr. Lilian Unsoh FSIC .
Di dalam sesi  ini para peserta diberi tiga hadiah misteri yang berada di luar untuk direnungkan. Hadiah tersebut adalah merupakan salib, beberapa keping gambar kumpulan dan sebuah cermin. 
Benda-benda ini mempunyai mesej tersendiri yang mendalam menurut  pengertian masing-masing. 
Pada malam sebelum ke perkemahan St. Mary’s Grotto, ahli DYA/KBK mendalami pengertian tentang rekoleksi atau retret.  Dipetik dari Injil Markus 6: 31 Sabda Yesus kepada murid-muridNya:

“Marilah ke tempat yang sunyi, supaya kita sendirian,
dan beristirahatlah seketika!” Sebab memang begitu
banyaknya orang yang datang dan yang pergi,
sehingga makanpun mereka tidak sempat.”


Tubuh sangat memerlukan rehat selepas kesibukan harian. Memang begitu ramai manusia meminta pertolongan. Kita diajar untuk menghargai tubuh sendiri dan sesama serta bijak menguruskan diri.

PERKEMAHAN ST. MARY’S GROTTO. SUNGAI MALUA.
Perkemahan St. Mary’s Grotto. Tempat yang sunyi dan tenang dari gangguan..
Hanya kedengaran suara burung, binatang dan bunyi air mengalir.
Menikmati alam semula jadi adalah merupakan suatu rawatan.
Ciptaan Allah Bapa saling berkaitan dengan kehidupan manusia. 

Menjaga alam sekitar adalah tanggung jawab manusia.


“Kita patut menikmati dan menjaga ciptaan indah ini dengan sebaiknya sebelum ia lenyap menjadi ladang” Kata sdr. Rikkie.

Di tempat ini mereka mengadakan perkongsian yang mengaitkan alam  (kalam Allah)  dan bagaimana ia membantu menceritakan tentang sifat Allah itu sendiri. Rencana penyelamatan melalui pertolongan Allah yang lengkap diceritakan di dalam Alkitab

Manusia mampu membacanya melalui karunia hikmat pengertian (anugerah Allah). Seterusnya Rev. Deacon mengongsikan renungan tentang peranan para Nabi dan Rasul Kristus yang menyampaikan Firman Allah dan melaksanakannya. Seterusnya mengaitkan keadaan para belia masa kini yang dahaga akan pembentukan kerohanian dan pendalaman iman serta daya kepimpinan yang dinamik.


Program Konsultasi Belia 2010 di seluruh paroki hampir selesai. Para core group sedang dalam pemprosesan, bengkel dan brainstorming untuk pembuatan buku tentang belia. Proses ini sangat penting selaku Keuskupan muda.  Buku tersebut dijangka siap pada akhir tahun 2011 selepas mengadakan Konvensyen Belia kelak.

Buku tersebut akan di edar kepada semua agen-agen pastoral dan komuniti agar mereka juga turut sama memikul tanggungjawab dalam pembinaan belia. Beberapa bab terpenting dalam buku tersebut seperti sejarah belia, siapa itu belia, ciri-ciri belia, realiti belia masa kini dan arah tuju belia serta beberapa panduan. Tanpa rujukan yang jelas, kumpulan belia mungkin mengadakan aktiviti kerohanian yang tidak seimbang dan melalaikan.


MENIKMATI ALAM SEMULA JADI MENGHARGAI ANUGERAH TUHAN

Menikmati dan bermesra dengan alam.
Sr. Lilian dan sdri. Angeline sempat bertanyakan khabar kepada sang udang. 
MALAM RAMAH MESRA BERSAMA KERASULAN BELIA PAROKI ST. DOMINIC LAHAD DATU.

Team Kerasulan Belia Paroki St. Dominic Lahad Datu dan DYA/KBK dalam sesi Malam Ramah Mesra. 

MESYUARAT AHLI KERASULAN BELIA KEUSKUPAN SANDAKAN KALI KE 6

Selepas Misa Kudus hari Minggu. Mesyuarat DYA/KBK bertempat di Bilik Mesyuarat St. Dominic Lahad Datu yang dipengerusikan oleh Rev. Deacon David Garaman.

Tiga Paroki telah hadir mesyuarat dan telah melaporkan perkembangan Konsultasi Belia kecuali Tawau. Beberapa agenda yang dibincangkan termasuklah persiapan SYD3 dan Konvensyen Belia 2011.

Keputusan mengadakan Konvensyen adalah untuk mendengar dan menyahut empat pembentangan kertas kerja:

  • Ucapan Dasar Bapa Uskup.
  • Belia dan Gereja Dalam Dunia Modern.
  • Belia dan Cabaran Globalisasi.
  • Realiti, Hala Tuju dan Perlaksanaan.
Perwakilan dari empat buah paroki akan dijemput untuk menghadiri Konvensyen tersebut. Mereka dijangka merumuskan resolusi. Di antara  tujuan penganjuran ini adalah untuk memahami peranan dan tanggungjawab belia masa kini.  Pemahaman ini mungkin membantu mereka melengkapi Buku Belia dan bersedia untuk pelancaran serta implementasi.
Antara rancangan masa hadapan adalah penyediaan Siri Modul Pembentukan Rohani dan Pendalaman Iman serta  mekanisma akan dibentangkan kepada Bapa Uskup. 
DYA/PYA telah bersetuju meneruskan perbincangan melalui web DYA Sandakan yang tertutup di Face Book. Mesyuarat juga mengundi nama-nama rakan untuk di doakan dan membaca Doa Belia setiap jam 10.00 pagi.
dya/kbk