Doa bersama |
Sandakan : Seramai 27 orang peserta telah menghadiri Rekoleksi Pembimbing Katekatikal pada 12 Februari 2011 di Dewan Serbaguna St. Mark, Sandakan yang lalu. Rekoleksi ini adalah terbuka kepada semua pembimbing katekatikal peringkat Gereja St. Mark. Rekoleksi anjuran bersama KKD Merak dan KKD Batu 10 (di bawah naungan Gereja St. Mark) ini dikendalikan oleh Sr. Veronica Kandaung, FSIC merangkap Pengarah Pejabat Katekatikal dan Peyelaras Komisi Katekatikal Keuskupan Sandakan dan Sr. Liliana Gubod, FSIC merangkap Penyelaras Komiti Katekatikal Paroki Katedral St. Mary Sandakan.
Sr. Veronica FSIC menekankan bahawa para pembimbing katekatikal pada masa kini seharusnya berfikiran terbuka dan lebih meluas terhadap pembelajaran iman Katolik. Ia bukan sahaja tertumpu pada Katekismus Gereja Katolik malah mengaitkan isu-isu semasa dalam memberi tunjuk ajar, mengongsikan pengetahuan dan pengalaman tentang realiti kehidupan sebagai seorang Kristian Katolik serta cabarannya pada masa kini.
Selain itu, para peserta juga berpeluang berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat di dalam sesi perkongsian Alkitab berdasarkan petikan dari Injil Matius 28:16-20. Dengan adanya rekoleksi seperti ini, para pembimbing katekatikal dapat mengenali diri dengan lebih mendalam melalui panggilan awam untuk hidup menggereja dengan memberi pelayanan yang berkualiti sebagai seorang ahli pembimbing katekatikal. Rekoleksi ini selesai pada jam 3 petang dan di akhiri dengan sesi bergambar.
Disediakan oleh : Roland Henry – Pembantu SOCCOM, KKD Merak.
Jurugambar : Sam Edesius