Sandakan – Komiti Keluarga Katolik(KKK), Paroki St. Mary, Sandakan telah menganjurkan Seminar Pra-Perkahwinan Siri yang pertama dalam tahun ini bertempat di Dewan Paroki St. Mary yang telah disertai oleh seramai 23 pasangan peserta.
Pendaftaran seminar seawal jam 7.00 pagi disusuli dengan Misa Kudus bermula jam 8.00 pagi yang dipimpin oleh Paderi Paroki Rev. Fr. Thomas Makajil dan diteruskan dengan sesi-sesi ceramah yang disampaikan oleh beberapa penceramah dari Komiti KKK termasuk Fr. Thomas Makajil yang menyampaikan tajuk ceramah “Perkahwinan Menurut Rencana Tuhan (Sakramen Perkahwian)” dan Fr. Philip Muji yang menyampaikan tajuk ceramah “Kerohanian Keluarga Katolik”.
Fr. Thomas Makajil yang menyampaikan tajuk ceramah “Perkahwinan Menurut Rencana Tuhan (Sakramen Perkahwian)” |
Antara tajuk-tajuk ceramah dalam seminar yang berlansung selama 2 hari iaitu pada 26-27hd Mac 2011 adalah; “Komunikasi Suami Isteri dan Keluarga dalam Perkahwinan” oleh Sdri. Martina Duhong, “IbuBapa yang Bertanggung-Jawab” oleh Sdra. Richard Atilano, “Sex dalam Perkahwinan” oleh Sdra. Pius Gorohom, “Merancang Keluarga Menurut Agama Katolik” Bhg.1 (Falsafah dan perancang Keluarga semulajadi) juga oleh Sdra.Pius Gorohom, Bhg. 2 (Billings Ovulation Method – BOM) oleh Sdra. John Babtis, Bhg. 3 (Latihan/Charting) oleh Sdri. Theresa Adam dan “Penyakit Keturunan dan Penyakit Kelamin” oleh Dr. Henry Ong.
John Baptis menerangkan Billings Ovulation Method (BOM)
|
Apa yang menjadi kelainan dalam seminar kali ini adalah, para pasangan perserta telah diminta untuk membawa bunga dan lilin yang mana pada sesi makan tengahari hari yang kedua (27hb), setiap meja makan para pasangan peserta telah dilapik dengan kain dan dihiasi dengan bunga dan lilin untuk mewujudkan suasana kekeluargaan yang romantic dan para pasangan diminta berdoa mengikut pasangan masing-masing sebelum makan kerana ini adalah perkara asas yang perlu diterapkan pada setiap keluarga Katolik.
Beberapa pasangan peserta yang sempat ditemuramah oleh SOCCOM Paroki; Ricky dan Freddeliza, Marksus Ng dan Rachel dan Alex Donald dan Imelda Martin merasa sangat gembira dan teruja setelah menyertai seminar ini kerana sebelum ini, mereka belum mendapat gambaran yang jelas mengenai Alam Perkahwinan, tetapi setelah menyertai seminar ini, banyak perkara atau pengetahuan yang boleh dijadikan panduan dan bekalan untuk memulakan alam Perkahwinan. Antara sesi-sesi yang sangat menarik perhatian salah satu dari pasangan tersebut adalah sesi “Merancang Keluarga Menurut Agama Katolik” (Bhg. 2 – BOM) kerana tiada pengetahuan langsung tentang perancangan Keluarga sebelum ini, tetapi selepas mendengar ceramah dari sesi ini, baru mendapat pengetahuan, ada proses yang lebih mudah, semulajadi dan selamat.
Dalam sesi penggulungan oleh Sdra. Pius Gorohom telah menyentuh tentang Liturgi Perkahwinan Katolik dan menyarankan kepada para peserta, supaya betul-betul bersedia dan bertanggung-jawab dalam semua aspek persiapan perkahwinan terutamanya dalam Misa Kudus Perkahwinan.
soccom smcat