Selebran: Rt. Rev. Bishop Julius dan Rev. Fr. Jasery
Perayaan Ekaristi Kesyukuran Kaamatan Paroki St. Martin, Telupid
Dirayakan di Chapel St. Patrick Entilibon Zon Tongod.
TELUPIDKapela Santo Patrick, Entilibon dalam Zon Tongod berjaya menganjurkan  Perayaan Kaamatan Peringkat Paroki pada 22 Mei 2011  bertemakan  ‘Mencari Tuhan di dalam Kebudayaan’. 


“Pada perayaan Kaamatan Paroki ini diharapkan mesej tema ini dapat disebarluaskan kepada semua umat agar benar-benar difahami dan dipraktikkan dalam hidup keluarga” demikian pesan Bapa Uskup Julius D. Gitom kepada hampir 1,000 umat sama ada umat Katolik mahupun masyarakat setempat yang turut hadir. 

+ Rt. Rev. Bishop Julius
Uskup menjelaskan bahawa Komuniti Kristian Dasar (KKD) yang berpusatkan Kristus menyeru kepada umat agar menjadi ‘Garam’, ‘Ragi’ dan ‘Terang’ kepada masyarakat sekitar. 

Kehadiran umat menghadiri Misa Kudus Kaamatan menjangkau 1000 orang. Umat sedang mendengar pesan Bapa Uskup tentang budaya mengasihi Tuhan dan sesama dipraktik melalui  komuniti.

Menyentuh mengenai tema yang dipilih tahun ini, Bapa Uskup berkata, ia amat tepat dan sesuai kerana Tuhan adalah asas hidup berbudaya terarah pada kasih dan pelayanan. 

“Budaya mengasihi dan melayani merupakan dasar hidup Kristian, bila kita menghayati nilai budaya yang positif dan baik dengan sungguh-sungguh maka kita dapat menjadi ‘Tanda Kasih Allah kepada dunia’, ujar Bapa Uskup yang menjadi selebran dalam perayaan tersebut. 

Kapela St. Patrick yang terletak 15 km dari Paroki Pusat telah merayakan Kaamatan ini di peringkat Paroki buat julung kali. 

Selepas Misa Kudus. Bapa Uskup Julius merasmikan kaamatan dengan memukul gong.  Seterusnya upacara  mengetam padi dan menyerahkan simbol kepada Zon Tuan Rumah Perayaan Tahun 2012. Gambar keempat acara pemotongan kek kaamatan beramai-ramai.
Bapa Uskup turut mengumumkan tuan rumah bagi Perayaan Kaamatan 2012 adalah bertempat di Zon Nangoh dan simbolik penyerahan berupa ‘Wakid’, ‘Sirung’ dan ‘Rilibu’ disampaikan kepada Julian A. Kidap mewakili Kapela St. John, Rumidi Nangoh. 

Fr. Jasery G. Emmanuel
Paderi Paroki Santo Martin, Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel turut merakamkan penghargaan kepada umat dalam Zon Tongod terutama di Kapela Santo Patrick yang telah bertungkus lumus berusaha dengan tekun dan gigih sehingga perayaan ini menjadi realiti seperti yang telah dirancang. 

Albert Matusin. Pengerusi Majlis Pastoral Paroki.
Turut berucap ialah Pengerusi Pastoral Paroki, Albert Matusin yang mengongsikan makna ‘budaya Kaamatan adalah budaya kesyukuran’ di mana segala aktiviti yang berkaitan dengan perolehan hasil adalah kaamatan atau penuaian bagi umat beriman. 

Albert Bahari. Pengerusi Penganjur. Kaamatan St. Patrick Entilibon. Zon Tongod
Pengerusi Penganjur, Albert Bahari merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini terutama Paderi Paroki dan Bapa Uskup yang sudi bersama-sama dengan umat merayakan perayaan ini. 

“Juga kepada dermawan yang telah menghulurkan sumbangan berupa kewangan, material atau buah fikiran untuk menjayakan perayaan ini”, jelasnya. 


Selain makan bersama berasaskan masakan tradisi, pelbagai acara persembahan mewakili Zon Pekan, Zon Jalan Ranau, Zon Nangoh, Zon Jalan Sandakan dan Zon Tongod selaku tuan rumah. 


Album kenangan bapa Uskup bersama penganjur pelaksana
SOCCOM (LM)
Paroki St. Martin Telupid