TAWAU : Pada Ahad 15 Mei 2011, Persatuan Jururawat Katolik (CNG – Catholic Nurses’ Guild), Gereja Holy Trinity Tawau telah mengendalikan perayaan Misa Kudus yang diupacarakan oleh Msgr. Nicholas Ong sempena menyambut Hari Jururawat Sedunia (Nurses’ Day) yang sepatutnya disambut pada 12 Mei 2011.
Koir Jururawat
Sebahagian daripada jururawat yang mengikuti koir
Koir semasa uparcara ini turut melibatkan pelatih Jururawat masyarakat dari Kolej Latihan Jururawat Masyarakat Tawau serta pelatih dari Kesihatan Pergigian. Selain dari itu, Komentator, Pewarta dan persembahan sepanjang upacara Misa Kudus ini telah dikendalikan oleh jururawat Hospital Tawau dan Health Care Worker lain yang bertugas di bahagian Kesihatan Tawau serta bekas jururawat yang telah bersara.
Acara yang dinantikan oleh semua jururawat ialah acara pemberkatan di hadapan altar oleh Msgr Nicholas Ong. Sebelum itu, beliau telah memberi kata-kata perangsang kepada semua jururawat agar menerima profesion tugas mereka dengan rasa gembira dan syukur kerana tugas mereka adalah sentiasa mulia di mata Tuhan kerana dapat membantu manusia lain dengan iklas terutama yang sedang sakit sepertimana Tuhan Yesus melayan.
Bersedia untuk diberkat
Pemberkatan
Sesi bergambar beramai-ramai bersama Msgr Ong turut dijadikan kenangan sejurus selepas Misa Kudus selesai.
Pengerusi CNG Florence Chong, berdiri kedua dari kanan bersama dengan ahli ahli serta Msgr Nicholas Ong
Beberapa orang bekas jururawat yang masih aktif di CNG
Sambutan Hari Jururawat diteruskan dengan acara makan tengahari di kantin paroki dengan doa makan yang dipimpin oleh Msgr Ong. Para Religius Sisters dan EMCs’ turut dijemput dalam acara makan tengahari ini. Selesai sahaja makan tengahari, semua yang terlibat dalam sambutan Hari Jururawat pada kali ini tidak pulang dengan tangan kosong kerana setiap seorang telah diedarkan dengan tokan dalam bentuk ‘bookmark’ di mana ‘Doa’ sebelum menjalankan tugas tercatat di atasnya. Tokan ini telah disediakan oleh CNG, Holy Trinity Tawau. Shalom.
Jamuan makan bersama Msgr Ong
“Love Is Service”.
Disediakan oleh:
Margaret @ Loihin Gadul
melalui SOCCOM Tawau