Sandakan – Paroki Katedral St. Mary, Sandakan menjadi destinasi pertama lawatan persahabatan oleh Tim Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan yang telah diadakan pada 15 Jun 2011 bertempat di Dewan Paroki.
Tujuan lawatan ‘Let’s Hang Out’ yang julung kali diadakan ini adalah untuk membina dan menjalin PERSAHABATAN di kalangan pemimpin-pemimpin KBP Sandakan dan memperkenalkan konsep penganjuran setiap kali KBK mengadakan lawatan kelak.
“This is what it means to proclaim to him the Good News. You can only do it by offering him your FRIENDSHIP” A real friendship, without conditions, without any condescendence, offered in trust and with profound respect. It is our friendship they are hoping for, a friendship that allows them to feel that they are loved by God and saved through Jesus Christ”
Eloi Leclerc, “A Poor Man’s Wisdom”
Seramai 50 orang pemimpin belia KBK Sandakan termasuk belia outstasi (OLOF, Beluran) telah hadir menyahut jemputan KBK. Antara ahli KBK yang hadir ialah Sr. Lilian Unsoh, Pembantu Penasihat KBK, Anna Teresa Peter Amandus, Kordinator KBK Sandakan, Schoffal Charles Moiji, Sarah Liew dan Airene A. Gumanas.
Sesi dimulakan oleh Airene, selaku Kordinator KBP Sandakan dengan memperkenalkan ahli-ahli KBK. Selepas sesi pengenalan, acara seterusnya diserahkan kepada ahli KBK yang mana sesi difasilitatorkan oleh Anna Teresa Peter Amandus.
Antara aktiviti yang diadakan adalah pentakhtaan Alkitab, menyanyi sambil membuat aksi lagu, beberapa permainan yang menghibur hati seperti ‘DIE’ dan ‘PENGUIN’ serta aktiviti fellowship.
Selepas acara bergambar beramai-ramai, para belia mendoakan Doa Belia Keuskupan dan Rev. Fr. Phillip Anthony Muji dijemput untuk memberi berkat akhir sebelum bersurai.
Pertemuan seterusnya akan diadakan pada 13 Julai 2011 yang bertemakan “I Have A Dream”.
Soccom Paroki St Mary, Sandakan – AG