TELUPID – “I have a dream” merupakan tema lawatan persahabatan kali ini oleh Tim Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) Sandakan pada 2 Julai 2011 yang lalu.
Pertemuan kali ini merupakan kesinambungan dari lawatan yang lalu ‘Let’s Hang Out’. Objektifnya tetap menjurus kearah membina dan menjalin persahabatan sesama serta memberikan peluang kepada setiap rakan-rakan belia yang hadir mengalami dan menghargai cinta kasih Tuhan dalam pertemuan yang santai dan menghiburkan.
Aktiviti dimulakan dengan pembacaan firman yang dipetik dari Lukas 2:41-51 dan diikuti dengan doa dan seterusnya menyanyi ‘Action Song’ yang dipimpin oleh Hildy Albert tim KBK yang merupakan salah satu pemusik masa itu.
Seperti biasa ‘Fun Part’ diadakan untuk menghidupkan suasana. Antara ‘Fun Part’ atau ‘games’ yang diadakan adalah “Jangan Jatuh”, “Lagi banyak, Lagi bagus”, “Keretapi belon” dan “King-King what do you want?”. Aktiviti seumpama ini mengajar peribadi belia bagaimana unutk bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik antara sesama.
Sepanjang aktiviti berjalan, memang tidak kering gusi nampaknya rakan-rakan belia. Ada sahaja celoteh yang mencetuskan hilai tawa yang menambahkan seri suasana.
Namun keadaan menjadi hening semasa Anna memberikan perkongsian tentang impian. Anna mengongsikan bahawa setiap belia mempunyai impian/cita-cita dan harapan. Sejurus selepas itu belia diajak unutk melukis gambaran mengenai impian mereka masing- masing.
“Dream…and as you dream remember that only you can make your dream come true” Renee Duvall
Selepas itu semua belia berkumpul dihadapan Salib yang dikelilingi dengan lilin. Mereka diberi peluang untuk mengongsikan impian mereka untuk diri mereka, keluarga, belia dan gereja.
Acara kemuncak malam itu adalah meraikan setiap impian rakan-rakan belia yang hadir dengan meletakkan lukisan mereka dihadapan salib sebagai satu penyerahan dan kepercayaan bahwasanya tiada yang mustahil bagi setiap orang untuk mencapai impian mereka kerana impian itu adalah satu pemberian dari Tuhan dan bagi DIA semuanya mustahil.
Hakikatnya, aktiviti seumpama ini sangat memberi kesan yang positif kepada para belia. Walaupun secara santai dan bersahaja sebenarnya inilah juga kesempatan serta peluang bagaimana untuk rakan-rakan belia membuat penilaian yang mudah dan berani menyuarakan impian mereka.
Aktiviti diakhiri dengan doa dan lagu. Pastinya pertemuan akan datang “I Am Special” akan dinantikan…!!!
Sayonara dari belia – belia St Martin, Telupid.
Disediakan oleh:
Angeline Said – KBP St Martin Telupid