![]() |
Salib Belia dan Ikon Bunda Maria berada di Chapel St. Patrick Entilibon Zon Tongod |
Salib kemenangan telah mematahkan ‘sangkaan akal‘ para ahli agama dan politik dunia (1 Kor 1: 18). Yesus Kristus telah wafat, bangkit dan akan kembali, telah memperbaharui ‘versi’ iman, pengharapan dan kasih manusia.
Yesus sendiri membuktikan ajaran-Nya, di mana Lazarus sudah empat hari sudah membusuk di kuburan telah dibangkitkan kembali oleh Yesus Kristus (Yoh 11: 43). Ia sungguh berkuasa ke atas kerajaan maut disamping menyatakan kemuliaan Tuhan.
Upacara Perjanjian di antara Allah dan manusia telah dilakukan oleh Tuhan Yesus Kristus pada malam sebelum Ia menderita sengsara dengan rela, Yesus mengambil roti, mengucap syukur lalu membagi-bagi roti itu dan memberikan kepada para murid seraya berkata: Terimalah dan makanlah. Inilah tubuhku, yang dikorbankan’.
Demikianlah pula sesudah perjamuan, ia mengambil piala. Sekali lagi Ia mengucap syukur, lalu mengedarkan piala itu kepada para murid seraya berkata: Terimalah dan minumlah. Inilah piala darahku. Darah Perjanjian Baru dan kekal yang ditumpahkan bagimu dan bagi semua orang demi pengampunan dosa. Kenangkanlah Aku dengan merayakan peristiwa ini. Jelas! Yesus telah bersedia untuk misi korban penebusan.
Perjamuan Tuhan telah memperbaharui versi Perjanjian Lama dengan umat Israel. Yesus Kristus melafazkan janji di hadapan para muridNya selaku wakil manusia. Perjanjian ini dimeterai oleh darah Yesus Kristus (anak domba Allah Yoh (1: 29) di kayu salib. Perjanjian ini menghendaki Yesus membebaskan jiwa – jiwa manusia dari kerajaan kegelapan. Yesus mempertaruhkan nyawa -Nya dan bukan korban binatang lagi.
![]() |
14 Ogos. Perjalanan Salib Belia ke St. Fidelis Kiabau, Telupid memakan masa 1 jam 30 minit dari Pusat Paroki |
![]() |
Fr. Jasery |
Fr Jasery selaku Paderi Paroki St Martin Telupid terus mengiringi belia untuk mengadakan perayaan Ekaristi (Korban Misa kudus) dan katekisis di setiap Zon Telupid sehingga selesai. Koordinator Belia Telupid Sdra Hildy Boy Albert bersyukur kepada Tuhan kerana Salib Belia yang membawa mesej telah sampai kepada setiap chapel.
![]() |
Belia St. Joseph Nangoh menerima Salib |
![]() |
Simbolik kertas dan Salib adalah masalah belia yang sudah dimatikan, bermaksud pribadi manusia lama sudah berlalu, kini bangkit manusia baru.
|
20 – 21 Ogos. Zon Nangoh adalah destinasi terakhir lawatan Salib Belia dan Ikon Bunda Maria sebelum di hantar ke Paroki Bundu Tuhan pada 27 Ogos 2011.
Tim Sosial Komunikasi
Paroki St. Martin Telupid.