TAWAU: Pada 26hb – 28hb Ogos 2011 Komisi Katekatikal Keuskupan Sandakan telah menganjurkan satu retret untuk para katekis dari empat parokinya.
|
Sewaktu Pendaftaran |
Retret yang julung kalinya diadakan itu mengambil tempat di Shan-Shui Golf Resort, Tawau. Seramai 149 wakil hadir iaitu 44 dari Paroki Katedral St. Mary, Sandakan, 38 dari Paroki Holy Trinity, Tawau, 33 dari Paroki St. Dominic, Lahad Datu dan 34 dari Paroki St. Martin, Telupid. Fasilitator adalah Rev. Fr. Boniface Kimsin dari Holy Cross, Toboh, Tambunan. Manakala, Komiti Utama Penganjur adalah terdiri daripada Paroki Tawau yang diketuai oleh saudara Danny Carreon.
|
Sewaktu Misa Kudus Pembukaan. Fr David Garaman (Hijau). |
Misa Kudus Pembukaan telah disempurnakan oleh Rev. Fr. David Garaman, Pembantu Rektor Paroki Tawau bersama Rev. Fr. Boniface. Fr David dalam khutbahnya mengatakan bahawa sebagai katekis, haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menyampaikan katekesis kerana katekis merupakan pelayanan yang terpenting. Setiap umat Katolik sememangnya dipertanggungjawabkan untuk menjadi seorang katekis tetapi bagi yang telah hadir ke retret pada kali ini, adalah dipanggil khas untuk membantu gereja dalam menjalankan misi bagi membuat setiap umat mengenal Kristus, mempersiapkan orang lain agar mereka juga sentiasa bersiap sedia akan kedatangan Kristus kerana kejayaan katekesis bukan terletak pada bilangan orang yang hadir mendengar pengajaran seseorang katekis tetapi pada pelayanan yang rendah hati dan penuh cinta kasih iaitu seperti pelayanan Yesus. Maka, apabila setiap orang sentiasa bersiap sedia, terjadilah penyelamatan yang berterusan.
|
Sr Veronica Kandaung, fsic (Gambar Tengah) sedang memberi ucapan alu-aluan. |
Sr Veronica Kandaung, fsic selaku Pengarah Pejabat Katekatikal dan Pengerusi Komisi Kateketikal Keuskupan Sandakan dalam ucapan alu-aluannya, berterima kasih buat semua yang hadir pada hari tersebut, kepada Bapa Uskup Julius Dusin Gitom kerana telah memberi izin dan sokongannya agar retret tersebut dapat dianjurkan dan juga buat Rev. Fr. Boniface kerana sudi menerima jemputan sebagai fasilitator bagi retret ini. Beliau turut bersyukur kerana Rev. Fr. David ada bersama bagi menyempurnakan Misa Kudus Pembukaan. Sr Veronica memberitahu bahawa retret tersebut telah dirancang sejak tahun lalu lagi. Kemudian, beliau memperkenalkan para hadirin serba sedikit mengenai latar belakang Fr Boniface iaitu:-
1. Asal : Kuala Penyu
2. Pelayanan : – Pernah bertugas di beberapa paroki di seluruh Sabah.
– Mempunyai pengalaman luas dalam bidang pastoral.
– Kini merupakan Rektor di Paroki Holy Cross, Toboh, Tambunan.
– Dua kali berturut-turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Katekatikal Malaysia (4 tahun).
– Pernah menjawat sebagai Pengarah Pusat Pastoral Keningau (PPK).
– Mempunyai pengalaman dalam Asian Integral Pastoral Approach (AsIPA), BEC/KKD.
– Pernah melanjutkan pelajaran di Roma dalam bidang Teologi.
Sr. Veronica berharap agar dengan pengenalan ringkas tersebut dapat membuat para peserta berasa tidak asing bagi Fr. Boniface dan dapat menerima dengan sebaik-baiknya segala apa yang Fr. sampaikan sepanjang sesi retret ini.
|
Danny Carreon memberi taklimat mengenai keselamatan
dan kemudahan yang disediakan oleh Komiti Penganjur.
|
|
Makan Malam |
|
Msgr. Nicholas Ong memberi kata-kata aluan kepada para hadirin. |
Sebelum sesi pertama bermula selepas makan malam, Msgr. Nicholas Ong selaku Vicar General bagi Keuskupan Sandakan juga sebagai Rektor Paroki Holy Trinity, Tawau menyampaikan kata-kata aluannya. Beliau menyatakan bahawa retret tersebut amat berguna kerana dapat memberikan sesuatu yang baru bagi para katekis di seluruh Keuskupan Sandakan. Katekis adalah pelayan gereja yang dapat membantu dalam menyampaikan pengajaran tentang iman Katolik. Beliau turut memetik kata-kata Sangti Papa bahawa penyampaian Katekesis adalah buat semua termasuklah dalam keluarga sendiri kerana seseorang itu harus mempunyai iman Katolik yang kukuh barulah dia boleh dibaptis dan seterusnya menerima penyelamatan Yesus Kristus. Hari Paska penuh bermakna kerana adanya Sakramen Pembaptisan dijalankan.
|
Sewaktu Sesi Pertama Fr Boniface Kimsin (Gambar di tengah dan kanan bawah). |
Fr. Boniface memulakan sesi untuk hari pertama retret dengan topik berikut:
Jumaat, 26hb Ogos 2011 Sesi 1: MISIOLOGI DAN PENGINJILAN
• Penginjilan adalah aktiviti yang menghidupkan dan merealisasikan misi.
• Fokusnya adalah pewartaan khabar baik yang diperkenalkan oleh Tuhan Yesus melalui ajaran dan hidupnya.
• Gereja wujud kerana Penginjilan yang diusahakan oleh para murid Yesus dan Gereja hanya dapat berkembang melalui misi Penginjilan.
• Menginjil bererti menyahut panggilan sebagai utusan Tuhan dan bekerjasama dengan Roh Kudus untuk menyebarkan khabar sukacita keselamatan yang digenapi oleh kematian dan kebangkitan Kristus.
• Misi dan penginjilan itu merupakan suatu proses yang berterusan sampai Tuhan datang kembali pada akhir zaman nanti.
• Dalam proses yang berterusan ini cara dan teknik dalam melaksanakan misi dan Penginjilan akan sentiasa berkembang dan berubah menurut kesesuaian situasi dan zaman.
• Namun demikian tujuan dan objektif utama misi dan penginjilan tidak akan berubah untuk selama-lamanya walaupun ada beberapa ahli teologi moden yang mempunyai pandangan progresif mulai mengetepikan tujuan dan objektif utama misi.
|
Sr. Tauria Taurin, fsic |
Selepas selesai sesi oleh Fr Boniface, retret hari pertama ditutup dengan doa malam yang dipimpin oleh Sr. Tauria Taurin, fsic dari Paroki Holy Trinity, Tawau.
DSsj