Bundu Tuhan – Belia-belia dan umat Paroki St Pius, Bundu Tuhan dengan penuh gembira dan sukacita menerima Salib Belia dan Ikon Bonda Maria pada 27 Ogos 2011 yang lalu daripada rombongan belia-belia dan umat dari Paroki St.Martin Telupid yang juga mewakili Diosis Sandakan. Rombongan seramai 60 orang ini diketuai oleh paderi paroki iaitu Rev. Fr Jasery.Gabuk. Turut serta dalam menghantar salib adalah Pengerusi MPPT Herman Soibun, para Katekis, Koordinator Belia Keuskupan Sandakan Anna Teresa Peter Amandus dan Hildy Albert selaku Koordinator Kerasulan Belia St.Martin Telupid.



Rombongan belia dan umat Paroki St Martin, Telupid menuju ke Gereja St Pius X, Bundu Tuhan dan disambut baik oleh Rev. Fr Mattheus Augustine Luta dengan diiringi dengan paluan gong.



Upacara penyambutan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria disambut dengan iringan paluan gong dan lagu tema SYD-3 “Berakar dan dibangun dalam Kristus” yang dinyanyikan semasa perarakan. Udara yang sejuk serta panorama yang indah memberi suntikan semangat dan inspirasi bagi umat yang hadir pada masa itu.
Acara diteruskan dengan penghomatan Salib yang dipimpin oleh Fr.Mattheus Augustine Luta dan beliau mengajak kepada semua belia dan umat yang hadir agar mengambil kesempatan  merenungkan serta menghayati misteri penyelamatan Yesus melalui Salib Belia.
Kelihatan umat serta belia dari kedua-dua paroki memasuki ruangan gereja dan pemusik-pemusik gereja St Piux X, Bundu Tuhan memainkan musik.
Selepas itu semua rombongan serta belia dan umat Paroki St.Pius X,  Bundu Tuhan berhimpun di dewan untuk acara selanjutnya. Semasa acara makan berjalan, Pengerusi belia dan pengerusi Majlis Paroki St.Pius X, Bundu Tuhan memberi ucapan alu-aluan sebagai pembuka tirai acara pada petang itu.
Sebelum persembahan dimulakan  sesi perkongsian diadakan dimana tiga orang wakil belia dari St.Martin telupid iaitu Javy James, Nellysia N dan  Aloysia Alexius mengongsikan pengalaman mereka bersama Salib Belia & Ikon Bonda Maria. Antara perkongsian  mereka yang sangat menyentuh hati ialah semangat dan rasa kepercayaan yang mendalam jika benar-benar menghayati bahawa Salib itu bukanlah sekadar kayu yang kosong tetapi merupakan lambang hubungan cintakasih dengan Allah dan hubungan sesama  manusia. Pengalaman mereka bersama dengan Salib belia benar-benar memberikan kekuatan dan harapan iman yang teguh. Tidak ketinggalan belia dari paroki St.Pius Bundu Tuhan juga telah memberi perkongsian mereka tentang persiapan mereka untuk menyambut Salib Belia dan Ikon Bonda maria di tempat mereka.
 


1. Koordinator KBP St Martin, Telupid, Sdr. Hildy Albert dan Ketua Belia St Pius X, Bundu Tuhan, Sdri. Penny Emma Pius dalam “Handing Over Ceremony”.
2. Kedua-dua koordinator bertukar-tukar  cenderakenangan.
3. Sdri. Penny (St Pius X, Bundu Tuhan) dan Sdri. Angeline (KBP St Martin, Telupid) menunjukkan cenderakenangan masing-masing.
4. Rev. Fr Jasery bersama umat St Martin, Telupid.


Beberapa belia St Martin, Telupid dan St Pius X, Bundu Tuhan memberikan perkongsian.



Persembahan yang bersahaja dan lakonan yang memeriahkan suasana pada petang itu bukan sahaja membuatkan semua yang hadir tidak kering gusi tetapi juga mendapat renungan melalui mesej yang disampaikan melalui drama tari yang dipersembahkan. Belia-belia dari Paroki St.Martin turut memberikan persembahan. Nyanyian yang menggunakan aksi serta yell yang dibawa khas oleh belia Paroki Telupid ”PUSING’ dan “WHO IS THE CHILD OF JESUS: us..us..us..us..us” menggamatkan suasana dewan pada petang itu dan persembahan terakhir  lagu “Embrace The Cross”. Semua yang hadir kelihatan sangat menghayati dan senyap ketika lagu tersebut dinyanyikan.



Persembahan dari kedua-dua paroki.



 Penghormatan untuk Salib Belia dan Ikon Bonda Maria secara peribadi oleh rombongan daripada Paroki St.Martin sebelum mereka berangkat kembali ke Telupid.  Sepanjang perjalanan balik para belia terus berkongsi sesama sendiri perasaan syukur dan pengalaman mereka yang sangat istimewa kerana dapat mengikuti perjalanan iman ini. Dengan pengalaman yang ada mereka berharap semangat itu akan berterusan bukan sahaja semasa kemuncak SYD 3 di Tambunan nanti tetapi juga iannya akan menjadi kunci utama untuk lebih mendalami kepercayaan dan iman yang teguh. Semoga dengan pengalaman yang istimewa ini terus membuahkan kebaikan agar keperibadian hidup belia khasnya terus dibangun dan berakar pada Tuhan.
 
Gambar kenangan Kerasulan Belia Paroki St Martin, Telupid bersama – sama belia St Pius X, Bundu Tuhan

Disediakan oleh: Angeline Said
KBP St Martin, Telupid