Album kenangan ahli KBK Sandakan di St. Mary Wonod Telupid.
Telupid St. Mary, Wonod, Telupid menjadi lokasi para ahli Tim Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan mengadakan Rekoleksi dan Mesyuarat pada 15 hingga 17 September 2011 yang lalu.

Tema pada kali ini ialah ‘Para Rasul Yesus’ (‘Disciples of Jesus’) mengingatkan setiap ahli KBK bahawa panggilan untuk melayani haruslah selalu berpusatkan pada Yesus Kristus.

Sesi selama tiga hari dua malam ini terlalu banyak ‘berkat istimewa’ kerana bukan sahaja ahli KBK tetapi pertemuan pada kali ini juga melibatkan para belia dan beliawanis Kapela St. Mary, Wonod. Rata-rata peserta St. Mary, Wonod  menyertai acara seumpama ini buat pertama kali. Hampir 50 peserta menyertai  rekoleksi tersebut.
Anna Teresa Peter Amandus mengendalikan sesi Penyerahan dan harapan

Dalam sesi-sesi input, para penyampai yang terdiri daripada Anna Teresa (‘Penyerahan Harapan’), Francis Tan (‘God’s Call’), Bishop Julius Dusin Gitom (‘Sign of  God’s Disciple’), Bell Lawadin (‘Aku Haus!’), Sr. Lilian Unsoh, FSIC (‘Servant Leader’) dan Fr. David A. Garaman menyampaikan sesi beliau dalam acara puncak iaitu Perayaan Ekaristi.

‘Penyerahan Harapan’ – Setiap ahli Tim KBK diajak untuk merenung dan melihat dalam diri mereka apa yang mereka harapkan dalam rekoleksi pada kali ini. Sesi dimulakan dengan video klip perjalanan KBK yang telah memasuki usia dua tahun sejak mereka diutus sebagai Tim KBK pada 7 Mac 2010 yang lalu. Harapan – harapan mereka ini telah dikongsikan bersama – sama dengan belia – beliawanis Kapela St Mary, Wonod dan kemudiannya membuat penyerahan dihadapan altar dengan diiringi lagu “I Offer My Life”.

‘God’s Call’ – Tim KBK sangat bersyukur kerana dapat memperolehi banyak pengajaran dan informasi yang berguna melalui sesi Francis Tan yang mana telah mencabar tim melihat diri mereka sebagai yang melayani di gereja. Beliau juga telah mengongsikan  bahawasanya setiap orang yang melayani harus menyangkal diri sendiri dan melebihkan keperibadian Yesus dalam diri dengan itu apa sahaja cabaran yang diberikan dijadikan sebagai satu ‘opportunity and not a problem’.
Encik Francis Tan sedang menyampaikan ceramah tentang Panggilan Tuhan

“Our mission is to continue the works of Jesus Christ and to make His name known, loved and honored”. Francis Tan
Album Kenangan Francis Tan, Fr. David Garaman, Ahli-ahli DYA dan belia St. Mary Wonod.

Selain itu Francis Tan juga mengongsikan pengalaman beliau setelah dibaptis menjadi seorang Katolik pada tahun 1987. Satu pengalaman iman yang penuh cabaran. ‘Be the bearers of hope.’ Sekiranya hidup kita tidak pernah mengalami saat kegelapan, kita tidak akan pernah melihat cahaya Kristus dalam kehidupan kita.
Bapa Uskup Julius sedang menyampaikan ceramahnya

‘The Sign of God’s Disciple’ – Dalam Sesi ini Bishop Julius mengongsikan bahawa panggilan adalah satu anugerah dan setiap mereka yang dipilih adalah berdasarkan cinta kasih. Bishop menerangkan “setiap yang dipanggil dan dipilih perlu mengikuti corak hidup Tuhan Yesus, belajar dari Tuhan Yesus dan apabila kita mengikuti Yesus, kita akan ada satu identiti iaitu cinta kasih. Bishop Julius juga menerangkan tiga perkara penting iaitu:
  • a) Kita dipilih oleh Tuhan Yesus untuk
  • b) hidup bersama DIA dan
  • c) kita diutus olehNya.
Album kenangan bersama Bapa Uskup Julius, Fr. David, Sr. Lilian, Ahli DYA/KBK dan belia Wonod

Bishop Julius juga menambah bahawa apabila kita diutus kita sebenarnya menyertai misi Tuhan. Dengan itu kita harus komited dalam pelayanan dan harus setia. Kesetiaan dalam doa, pelayanan dan tugasan serta tanggungjawab adalah nilai hidup kita sebagai yang melayani.
G. Bell Lawadin membawa renungan tentang Air yang mendahagakan

‘Aku Haus’ – Saudara Bell mengajak peserta merenung beberapa pengertian yang berkaitan dengan ‘kehausan’ bermula dari kisah Raja Daud yang berundur dari perang dan merasa haus akan air perigi Betlehem di kawasan musuh, lalu membandingkan dengan kehausan Yesus iaitu salah satu dari tujuh sabda Yesus semasa di Kayu Salib di bukit Kalvari.  Bell juga mengaitkan sabda pengampunan Yesus kepada mereka yang tidak tahu. “Apakah Belia hari ini ‘dahaga’ akibat kurang pendalaman hikmat pengertian?”


Seterusnya renungan cerita tentang kehausan perempuan Samaria  yang munafik, bermasalah moral, bernafsu besar, tidak setia itu yang datang ke perigi Yusuf untuk mengambil air,  namun ia bertemu pula dengan Yesus yang menawarkan air kehidupan kekal. Pertobatan perempuan Samaria berhasil menyerahkan seluruh penduduk kota kepada Yesus.


Kini, renungan seterusnya adalah tentang kehausan belia Keuskupan Sandakan yang terukir di kad doa belia, diakhiri dengan ayat yang  menyatakan… ‘ingin menjadi… seturut kehendak Tuhan’.  Teriakan kehausan dan pencarian belia tentang kebenaran’ jelas kelihatan pada laporan laporan dari bengkel Konsultasi Belia 2010 amat membimbangkan.  


Apa yang harus kita buat?  Akhir sesi suatu ajakan untuk meditasi singkat bertujuan melihat diri pribadi sebagai pelayan atau rasul yang terhad dan seringkali gagal, apa lagi membawa ‘air itu’ ke hadapan belia yang kehausan?  Peserta diajak melihat peranan Roh Kudus dan Tuhan Kristus  yang empunya ladang.

Sr. Lilian FSIC mengkongkritkan hubungan sesama belia keuskupan dengan suatu upacara simbolik iaitu mencuci tangan rakan disamping kesempatan untuk perkongsian bakat-bakat dan memberi penghargaan serta ucapan terimkasih atas segala pelayanan.

‘Servant Leader’ “Jesus is the perfect servant leader” begitulah antara perkongsian yang diberikan oleh Sr. Lilian Unsoh FSIC dalam sesi ini. Beliau juga melontarkan  soalan “Selama hampir dua tahun bersama dengan KBK, apakah sumbangan saya, adakah saya benar-benar menghidupi identiti sebagai seorang pelayan Tuhan?” dan “Am I a servant Leader?”  kepada setiap ahli KBK untuk dibawa dalam renungan peribadi. Sejurus selepas itu acara perdamaian dan peneguhan melalui mencuci tangan  dijalankan dikalangan  ahli KBK.
Perayaan Ekaristi  (Korban Misa Kudus) bersama-sama dengan umat St. Mary Wonod Telupid

Penghargaan dan terimakasih kepada umat Katolik St. Mary Wonod.

Perayaan Ekaristi merupakan acara kemuncak bagi rekoleksi ini dan dalam khotbah Fr. David, beliau merumuskan semua sesi-sesi rekoleksi dengan  menegaskan kepada setiap ahli KBK bahawa pelayanan dan kehidupan harus berpusat kepada Kristus agar kita tahu siapa dan apa yang kita perjuangkan.

Selesai Misa Kudus, acara diteruskan dengan sesi rekreasi antara ahli KBK dengan makan malam dan merayakan Hari Ulang Tahun KBK yang pertama.
Meskipun ahli DYA dipisahkan dengan geografi yang jauh mereka mampu meneruskan perjalanan bersama,
 dan malam ini mereka bergembira untuk merayakan aniversari pertama. Mereka semakin berkeyakinan untuk memimpin belia ke suatu arah visi yang bakal ditemui melalui proses konsultasi.

Malam sosial yang merayakan Aniversari Pertama DYA/KBK Sandakan

Fr. David menyampaikan cenderakenangan DYA kepada Fr. Jasery selaku rekor paroki St. Martin Telupid semasa majlis  ulang tahun pentahbisan kepaderian.

Di hari ketiga, selesai Doa Pagi, hidup berkomuniti diteruskan dengan mengambil sarapan pagi bersama-sama. Setelah itu  mesyuarat KBK diadakan termasuklah Sesi Evaluasi antara ahli berkenaan Rekoleksi dan Mesyuarat KBK pada kali ini. Dibawah adalah antara perkongsian singkat dari ahli KBK mengenai rekoleksi kali ini.


“Preparation in terms of spiritually, physically and materially for effective recollection” ~ Fr. David, DYA Spiritual Advisor

“The joy of being able to come together again and be enrich with the graces of the Lord” ~ Sr. Lilian FSIC, DYA Assistant Spiritual Advisor

“Never ending laughter. The reconciliation and affirmation really helps in strengthening my faith in doing God’s mission as full time youth. We celebrate the first DYA Anniversary.” ~ Anna, DYA Coordinator

“Pentingnya perdamaian di antara sesama terutama ahli dalam tim” ~ Hildy, Telupid

“Pengalaman penting yang saya perolehi daripada rekoleksi ini adalah bagaimana hubungan saya dengan Tuhan. Puji syukur kerana semua sesi yang disampaikan terutama sekali Bishop Julius amat menyentuh dan menguatkan lagi semangat saya untuk terus melayani” ~ Bertram, Telupid

“Hubungan saya dengan Tuhan + sesama + saya = happy” ~ Angeline, Telupid

“Kita dipilih untuk hidup bersama Tuhan Yesus dan diutus untuk menjadi saksi-saksi Kristus!” ~ Victoria, Lahad Datu.
Album kenangan di penginapan Jabatan Hutan Telupid.
“Being a disciple of Jesus is to live the way He was. It’s tough but I’ll do my best” ~ Rikkie, Lahad Datu.

“Ada begitu banyak panggilan dan kita perlu betul-betul mendengar untuk betul-betul menjadi alat di dalam pelayanan. Ada begitu banyak ‘kehausan’ dan kita harus mengisi begitu banyak kasih atau apa sahaja untuk memenuhi ‘kehausan’ itu.” ~ Yusvina, Lahad Datu

“Dalam rekoleksi ini, saya ada menemui ketenangan dalam diri saya dan dapat menyerahkan diri saya sepenuhnya kepada Yesus. Mungkin juga sebab sesi pertama itu ada pertanyaan “Apakah yang kita inginkan daripada rekoleksi ini?” saya minta untuk menemukan ketenangan dan syukur juga permintaan itu disampaikan. Thank You Lord!” ~ Sarah, Sandakan

“Memberi ruang kepada diri sendiri untuk menerima sesuatu. Selagi kita tidak mengenal ‘kegelapan’ selagi itu kita masih berada/tersangkut di dalam ‘terowong’” ~ Schoffal, Sandakan

“Selalu berpusatkan pada Yesus Kristus. Amen” ~ Airene, Sandakan

“Saya dapat merenung kembali panggilan dan sebab saya dipilih untuk menjadi diantara pemimpin DYA dan pemimpin belia di Paroki sendiri. Saya belajar untuk terus setia kepada Tuhan Yesus dan komited dalam pelayanan. Dapat juga ke St Mary Wonod dan berkenalan lebih ramai kawan.” ~ Felsa, Tawau

“Saya disegarkan, ditambah dan diperluaskan pemahaman lagi pasal palayanan ini. Inilah yang saya jangkakan apabila saya datang di sini. Puji Tuhan” ~ Esther, Tawau

Rekoleksi/Mesyuarat diakhiri dengan acara bergambar beramai-ramai bersama dengan umat dan belia St. Mary, Wonod, Telupid.
Ahli DYA akan merenung dan mencatat ispirasi sepanjang rekoleksi untuk dokumentasi
Sabda Tuhan adalah makanan rohani untuk terus setia dalam pelayanan

Mesyuarat dipengerusikan oleh Anna Teresa Peter Amandus. Kelihatan Fr. David Garaman selaku penasihat rohani belia dan sister Lilian FSIC selaku animator belia.
Mesyuarat DYA yang mampu memerahkan otak namun diselitkan sedikit dengan gerakan tarian ‘kecak-kecak’ yang amat melucukan.
Rekoleksi dan mesyuarat DYA membawa banyak berkat Tuhan, kenangan manis dan semoga bertemu lagi.
Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan