Para Peserta AsIPA 2 bergambar di depan Hotel Pacific Palace. 
Pulau Batam, Indonesia: AsIPA II International Workshop telah berlangsung di Batam, Keuskupan Pangkalpinang  Indonesia pada 13hb hingga 21 hb Okt., 2011. Seramai 63 peserta terdiri dari uskup, paderi, religius dan umat awam dari 11 buah negara di Asia iaitu Filipina, Korea, Thailand, Sri Langka, Laos, Myanmar, Taiwan, Hong Kong, India, Malaysia dan tuan rumah Indonesia.
Ini adalah susulan dari AsIPA I yang telah diadakan pada tahun lalu di Pattaya, Thailand. Pada bengkel ini peserta di dedahkan kepada 7 langkah perkongsian Alkitab, Bible – mirrored method (group response) dan ‘look, listen, love’ gospel sharing. Peserta juga menerima input dalam cara-cara membuat program kesedaran (awareness program) dalam KKD dan paroki, serta lawatan ke KKD di persekitaran kejiranan setempat.  


Dari lawatan ini peserta dapat melihat cara-cara kehidupan berkomuniti dan  perjalanan 7 langkah Alkitab disusuli sesi perkongsian Alkitab .
Pentakhtaan Alkitab sebagai permulaan bengkel AsIPA 2.
Sesi perkongsian Alkitab dalam kumpulan bercampur-campur.
Wakil-wakil negara membuat lapuran perbincangan kumpulan.
Pembentangan laporan dari setiap kumpulan.
Aktiviti lawatan ke rumah ahli-ahli KKD di Batam.
Bersedia untuk lawatan rumah ke rumah keluarga KKD  Komunitas Tritunggal Mahakudus.
Malam budaya gabungan wakil-wakil dari Filipina, Korea, Hong Kong, India dan Malaysia.
Para fasilitator bergambar bersama Bishop Hilarius Moa Nurak SVD.
Misa Kudus di Gereja Bonda Maria, Pembantu Abadi, Tembesi
Setiap negara diminta membuat resolusi bagi tempoh 2 tahun meliputi jenis rancangan yang akan dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan umat setempat. Bagi Keuskupan Sandakan program menubuhkan KKD-KKD baru sebagai menyahut kepada teras pastoralnya dan bengkel berterusan menggunakan modul A dan modul B dalam teks Asipa merupakan fokus utama.

Leonnie Degullacion