Dari depan: Felanie Felex, George Augustine, Crispus Mosinoh, Alexander Aban, Cristopher Aban, Shirley Joseph dan Sr Lilian Unsoh, fsic

SANDAKAN: Rekoleksi Core Group Memproses Buku Perancangan Pastoral Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan yang dinamakan ‘TRANSFORMERS’ telah berjalan pada 22hb – 23hb Oktober 2011 di Pusat Retret Keuskupan Sandakan, Batu 28, Ulu Dusun. Seramai 8 daripada 15 orang ahli core group dapat hadir ke rekoleksi pertama itu.

Fasilitator utama adalah Sr Lilian Unsoh, fsic menjelaskan maksud rekoleksi adalah memberi masa untuk bersendirian, berehat bersama Tuhan, mencari penyelesaian masalah, membuat keputusan yang bererti atau bermakna, memperbaharui azam, menguatkan iman, merenung/mengimbas kembali apa yang telah berlaku dan sebagainya.

Sr Lilian Unsoh, fsic
Rekoleksi bermula dengan aktiviti ‘Guardian Angel’. Ini merupakan salah satu cara untuk mengeratkan perhubungan di kalangan para peserta rekoleksi supaya membawa rakan tersebut di dalam doa.

Sesi pertama:  ‘Saya dan Saya’ adalah mengongsikan tentang diri sendiri, peserta dapat mengetahui banyak perkara baru tentang diri orang lain juga.

Sesi kedua: bertajuk, ‘Saya dengan Dia’ oleh sr lilian, membawa renungan tentang perhubungan dan kerjasama antara sesama rakan-rakan belia. Seterusnya disambung oleh sdr Bell Lawadin dengan memulakan perkongsian tentang cerita ilustrasi dan penerangan tentang beberapa Peringkat Keterbukaan Hati akan dilalui oleh seseorang individu di dalam proses membina sesebuah tim.
Sdra. Bell Lawadin mengkongsikan tentang perhubungan dalam tim
Sesi ketiga: bertajuk, ‘Saya dengan Tuhan’ mengajukan beberapa soalan untuk renungan. Sesi ini membantu peserta melihat perhubungan pribadi dengan Tuhan.
Makan bersama – satu cara erat hubungan sesama ahli.
Sesi terakhir bertajuk ‘TRANSFORMERS, put Your Faith into Action!’.  Sesi ini penuh simbolik dan amat menghiburkan semua peserta. Setiap peserta harus menyiapkan sebuah salib yang dibuat daripada tali tangsi (simbol ikatan, kesatuan, …) dan manik-manik yang berwarna-warni (para belia yang mempunyai pelbagai identiti). Perjalanan proses menyiapkan salib tersebut umpama perjalanan core group dalam menyiapkan buku perancangan itu. Para ahli harus bersedia menghadapi kesukaran, jatuh bangun dan pelbagai cabaran lain.

Kerjasama – Alexander Aban, Felanie Felex dan Crispus Mosinoh

Sesi tersebut berakhir kira-kira 12.00 tengah malam apabila para peserta berjaya menyiapkan salib itu. Perkongsian bagi sesi itu berlangsung pada hari kedua. Sr Lilian menutup program hari pertama dengan doa.



-DSsj-