Soccom
Sandakan : MINGGU Biasa ke 6 Tahun B, 12hb Feb. 2012. Gereja mengajak umat merenung masalah yang menggangu manusia seperti kegagalan, kecelakaan, penyakit atau penderitaan yang membuat manusia hampir berputus asa. Kehadiran Yesus yang menyelamatkan telah memberikan pengharapan baru kepada manusia.
Bacaan 1 – Im 13: 1-2.44-46 “Penderita kusta harus tinggal seorang diri di luar perkampungan” |
Bacaan 2 – 1Kor 10:31-11:1 “Jadilah pengikutku, sebagaimana aku menjadi pengikut Kristus” |
Bacaan INJIL. Mrk 1:40-45 “Lenyaplah penyakit kusta dan orang itu menjadi tahir” |
”Orang yang memiliki iman ada kelebihan untuk bertahan menghadapi penderitaan”, kata Fr. Thomas Makajil, rektor Katedral St Mary, selaku selebran minggu ini. “Penyakit kusta digambarkan akan menghancurkan komuniti manusia. Namun hari ini perubatan telah dapat mengatasinya.” katanya.
‘Dosa’ adalah penyakit yang membawa maut menyebabkan kita tersingkir dari masyarakat; dosa kesombongan, pentingkan diri sendiri, kepura-puraan dan sebagainya yang merosakkan dan ramai yang merasakan tidak punya pengharapan lagi.
Tuhan Yesus Kristus adalah Khabar Gembira dan pemberi pengharapan baru. Yesus mahu mentahirkan sesiapa saja manusia yang ditolak oleh masyarakat supaya dapat diterima kembali masuk ke dalam keluarga dan komuniti.
Tujuan utama Yesus ke dunia adalah mencari anak yang hilang. Dia mengampuni dan mentahirkan. “Si kusta ini mempunyai karunia, kerana kusta sahaja dia ditolak oleh masyarakat. Apabila dia tahir dia mungkin boleh menyumbangkan karunianya lebih besar dari kita”, demikianlah Fr. Thomas mengakhiri homilinya.
Umat Katolik bersatu dengan korban Yesus Kristus dalam Perjamuan Ekaristi. |
Pentahiran menjadikan umat sebagai Anak-Anak Tuhan dan layak memanggil Allah sebagai Bapa dengan mengucapkan doa Bapa Kami yang telah diajarkan sendiri oleh Tuhan Yesus Kristus.