ds/aa

Photo by bro. George Bellyok / Betram Lansing
Am I ready?

Sandakan ‘Youth Leader’s Camp’ telah diadakan buat pertama kalinya di Diosis Sandakan pada 2 sehingga 6 Februari 2012 bertempat di Katedral St. Mary, Sandakan. Seramai 76 pemimpin belia dari seluruh Diosis Sandakan telah menyahut panggilan untuk menyertai Kem Pemimpin Belia ini.

Kem ini merupakan acara kemuncak selepas beberapa lawatan atau CLUB diadakan disetiap paroki pada tahun yang lalu. Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan baru sahaja berusia dua tahun sejak kewujudannya pada Oktober 2009. Malah Pejabat Belia Diosis Sandakan juga baru diperkuatkuasa pada 1 April 2011 dan cara terbaik untuk memulakan misi dalam usia yang muda ini adalah melalui persahabatan yang dibina semasa CLUB diadakan.
CLUB 1 lebih ke arah ‘Ice Breaking’ dan membenarkan persahabatan dijalinkan. Manakala CLUB 2 menjemput belia untuk mengongsikan perkara yang semua orang miliki iaitu IMPIAN. CLUB 3 menjemput belia untuk lebih terbuka dan mengongsikan PETA kehidupan mereka kepada yang lain dan membenarkan orang lain mengenali dan menerima keistimewaan masing-masing. Diakhir CLUB3, belia diajak untuk menerima diri mereka sebagai ‘GIFT’ dari Tuhan dan mengetahui bahawa mereka sangat berharga dimata Tuhan. Persahabatan yang semakin erat membawa kepada CLUB 4. Satu ajakan bagi para belia untuk melihat gereja secara keseluruhannya. Kesimpulan bagi CLUB 4 boleh dinyatakan dalam petikan dalam Matius 9:37 – 38. 

“Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit. Kerana itu mintalah kepada tuan yang empunya tuaian, supaya Ia mengirimkan pekerja-perkerja untuk tuaian itu.”

“Disciple of Jesus” merupakan tema bagi CLUB 5. Ini adalah satu jemputan bagi belia untuk melangkah setapak lagi dan menyahut panggilan Tuhan dalam melayani. Sasaran bagi CLUB ini adalah Tim Kerasulan Belia setiap paroki.

“Ini adalah kerana pemimpin belia harus terlebih dahulu mengalami cinta Yesus dan melalui hubungan peribadi dengan Kristus, pemimpin belia akan lebih mengerti sebab untuk melayaniNya” Mesej Bishop Julius Dusin Gitom kepada peserta ‘Youth Leader’s Camp’.

Apabila pemimpin – pemimpin belia ini sudah mengatakan ‘Ya’ untuk menjadi pengikut Yesus, maka satu soalan harus mereka tanya pada diri mereka sendiri – “AM I READY?”


“Are you ready to be pushed, disturbed and allowing yourself to be used by God in doing His mission?” – Persoalan yang dikemukan oleh Anna, Koordinator Belia Diosis kepada Tim KBP semasa membuat pengenalan Youth Leader’s Camp di setiap paroki.

“AM I READY?” merupakan tema bagi ‘Youth Leader’s Camp’ tahun ini. Intipati program telah disediakan hasil daripada perkongsian – perkongsian para pemimpin belia semasa CLUB dijalankan. Program – program ini merangkupi empat aspek iaitu Keseimbangan, Doa, Kemahiran dan Hala tuju. Dengan berkat Tuhan, semoga kem ini dapat membantu pemimpin-pemimpin belia Diosis dalam pelayanan mereka.

Mesej harapan dari Bishop Julius Dusin Gitom dan para Paderi Paroki kepada peserta ‘Youth Leader’s Camp’ 2012.

Bishop Julius Dusin Gitom
“Kamu mungkin mempunyai kemahiran dan pengetahuan tertentu sebagai seorang pemimpin namun apa yang menjadikan kamu terus teguh dalam pelayanan adalah kerana Tuhan yang selalu memperkayakan kita dengan cintaNya. Saya berharap ‘Youth Leader’s Camp’ ini akan dapat membantu kamu untuk lebih bersedia untuk mengambil peranan sebagai pemimpin gereja dan siap menyatakan ‘Saya disini Tuhan’ seperti Samuel setiap kali kamu dipanggil untuk melakukan misiNya.”



Msgr. Nicholas Ong, Paderi Paroki Holy Trinity, Tawau
“Semoga dengan program ‘Youth Leader’s Camp 2012’ ini dapat melahirkan lebih ramai lagi pemimpin – pemimpin belia yang berani untuk tampil ke depan untuk menyahut panggilan Tuhan dan menjadi saksi kepada karya penyelamatan Allah yang telah dilengkapkan melalui misteri kesengasaraan, wafat dan kebangkitan Yesus Kristus. Semoga program ini juga dapat menjadi sumber inspirasi dan kekuatan kepada mereka untuk terus teguh setia di dalam pelayanan”

Rev. Fr Thomas Makajil, Paderi Paroki Katedral St Mary, Sandakan

“Youth have much to offer, You are the Hope for the better Tomorrow… When there are young people present in any community, there is hope for the community. When young people migrate from their community, that community will be in a quandary… who will take their leadership role? So too our parish, we see hope in the young people, you are the ones who will be holding the keys of the next generation but in order to be successful you have to start now. You have to journey along with the leaders of today, leaders in the church and prove yourselves that you are their worthy successors. God bless you, young people and remember that God is calling YOU to lead His church to the next millennium.”

Rev. Fr Simon Kontou, Paderi Paroki St Dominic, Lahad Datu
“Kita tidak dapat menjadi pelayan Kerasulan Belia Paroki sebelum menjadi murid Yesus. Kalau kita sudah menjadi murid Yesus sudah pasti:
1. Iman kita pada Yesus mendesak kita untuk berkongsinya dengan orang lain.
2. Sukacita yang kita alami itu seperti api yang tak dapat dibendung. Kita ingin sekali membawa Yesus kepada semua orang disekitar kita. Kita merindukan melihat semua orang menjadi murid Yesus.
Jadi tanya diri anda:
a) Apakah kita mempunyai keinginan besar mengenali Yesus lebih mendalam lagi?b) Apakah kita masih lagi berhasrat membawa lebih ramai orang lagi kepada Kristus?c) Apakah kita telah berhenti berjalan dengan Kristus atau apakah kita mengikutiNya dengan hanya separuh hati sahaja?
Nah, kepada Kerasulan Belia Paroki, semoga terus melayani dengan tabah dan sukacita. Dalam melayani iman kita juga diteguhkan. Ingatlah, iman itu diteguhkan bila ia diberikan kepada orang lain.”

Rev. Fr Jasery Gabuk, Paderi Paroki St Martin, Telupid
“Saya mengharapkan pertama – tamanya supaya belia benar-benar DIBENTUK dan DITEGUHKAN oleh firman Tuhan dalam kerohanian dan dalam berbagai aktiviti yang diikuti sehinggalah mereka SEDAR AKAN TANGGUNGJAWAB mereka kepada gereja masa kini dan pada masa hadapan. Selepas ‘Youth Leader’s Camp’ dan SYD3, saya sungguh mengharapkan agar TIMBUL SEMANGAT DAN KEBERANIAN dalam hati mereka untuk tampil ke hadapan menjadi barisan pelapis pemimpin yang kita ada sekarang untuk meneruskan misi Kristus kepada dunia.”

HARI PERTAMA – 2 Februari 2012


Sesi Pendaftaran

Sesi ‘Briefing’
Sesi ‘welcoming’

to be continued…