|
Love of hope |
Hari keempat Youth Leader’s Camp 2012 disegarkan dengan doa pagi berbentuk “Body Prayer” yang dipimpin oleh Seminarian Stanley William yang kini sedang membuat pendedahan pastoral selama empat bulan di Paroki Katedral St Mary, Sandakan. Sejurus selepas “Body Prayer”, Seminarian Stanley mengajak semua peserta dalam senaman pagi dengan iringan lagu “Jamilah”. Aktiviti yang seronok sebagai pencetus kegembiraan dihari yang indah di Youth Leader’s Camp.
|
Seminarian Stanley William |
|
Doa “Bapa Kami” dalam bentuk Body Prayer. |
|
“Jamilah – Jamilah” |
Dalam sesi ini, Saudara George atau lebih dikenali sebagai Bro. Bell dikalangan belia – belia Diosis Sandakan, mengongsikan perjalanannya sebagai seorang belia yang melayani. Beliau menekankan sepanjang pelayanannya, amat penting sekali untuk tidak menjadi seorang individualistik. Dalam tim perlu ada perhubungan, kesetiaan dan kerjasama.
|
Criswanto Kosmos memberikan cenderakenangan kepada Bro. Bell. |
Sesi Bro. Bell telah dirumuskan dalam Team Building 3 yang dikendalikan oleh Anna Teresa Peter Amandus dan Tim.
|
Tim Penganjur YLC 2012 – “With All I Am” |
TEAMWORK:
1. Pray Together
2. Common Goal.
3. Everyone is heard.
4. Having a heart to be united.
5. Sensitive to each other.
6. Help and support one another.
7. Stay united – even in crisis.
8. Consultative (Advice, Review, Counseling)
9. Openness.
10. Trust each other.
11. A ‘WE’ feeling.
12. Lovingly say what had gone wrong.
13. Respect each other.
14. Committed to the goal and mission.
15. Freedom to share.
16. Motivated.
17. Laugh and enjoy being true and honest with one another.
|
Team Building 3 – “Into your hands I trust ….” |
|
“Don’t Worry Gilard, we got you….” |
Perhubungan, kesetiaan, kepercayaan dan kerjasama perlu ada dalam satu tim. Walau macam pun buruk keadaan yang dihadapi teruskan untuk berjalan sebagai satu Tim.
“Hubungan sesama yang baik membantu dalam kesatuan dan kesatuan yang baik diantara sesama dapat membangkitkan keyakinan semua dalam pelayanan.” Farnandes Siprianus, peserta YLC 2012
Sesi diteruskan dengan “You are speacial because….” yang dikendalikan oleh Anna dan Tim. Seperti Team Building 3, sesi ini juga dijalankan mengikut paroki. Dalam sesi ini setiap ahli tim perlu mengongsikan kepada ahli tim yang lain mengenai kelemahan diri mereka masing – masing. Namun dalam kelemahan itu, ahli tim yang lain masih dapat melihat keistimewaan ahli tim mereka. Setiap ahli akan memberikan kata-kata penghargaan yang ditulis dalam sekeping kad berbentuk hati. Kata – kata ini bukan sahaja ditulis malah dikongsikan kepada ahli tim yang berkenaan.
|
We are special in the eyes of God. |
Disebelah petangnya, Youth Leader’s Camp 2012 hari keempat diteruskan dengan Time of Life dan kemudiannya sesi Pastoral Planning – The Introduction yang disampaikan oleh Uncle Francis Tan. Ini merupakan pendedahan bagi para pemimpin belia untuk mengetahui kepentingan Perancangan Pastoral. Perancangan Pastoral merupakan satu renungan dan persediaan dalam mengerjakan misi gereja dengan baik.
|
Time of Life yang dipimpin oleh Kerasulan Belia Paroki St Martin, Telupid |
“Apakah yang membawa anda ke Youth Leader’s Camp?” Begitulah persoalan yang Uncle Francis kemukakan kepada para peserta. Beliau menyatakan bahawa setiap belia yang hadir dipilih menjadi pemimpin untuk melatih yang lain. Diawal sesi ini, Uncle Francis lebih menekan kepimpinan yang berlandaskan firman Allah.
1. Building a healthy youth ministry requires knowledge and it takes time, it doesn’t happen
quickly. Amsal 11-19:2, Markus 4: 26-29
2. Building a healthy youth ministry takes skill, it needs more than passion and enthusiasm.
Pengkhotbah 10:10
3. Building a healthy youth ministry takes a TEAM that is wiling to work together. It isn’t a one
person job. 1 Kor 3: 5, 8
4. Building a healthy youth ministry takes leaders who depend on God’s power. It isn’t just about
programs and events. Yesaya 33: 5,8 ; Hosea 4:6
“Sebagai seorang CHRISTIAN kita perlukan CHRIST. Tanpa CHRIST, I Am Nothing.”
Sesi ini diteruskan dengan “A Heart Check”. Disesi ini Uncle Francis menjemput para peserta untuk melihat hati peribadi masing – masing kerana melalui hati, seorang pemimpin itu membenarkan Tuhan mengubah, membentuk dan memperbaharui diri mereka mengikut kehendakNya.
Perkara yang sangat penting dalam sesi ini adalah perancangan pastoral perlu diseimbangkan dengan ‘3 Cs’.
1. ‘The Great Commandments” – Mat 22:37 – 39
WORSHIP – Kasihilah Tuhan Allahmu dengan segenap HATI, JIWA, ,AKAL BUDI.
MINISTRY – Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.
2. “The Great Commissions” – Mat 28: 19 – 20
EVANGELISM – Pergilah, jadikanlah semua bangsa muridku.
FELLOWSHIP – Baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.
DISCIPLESHIP – Ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah kuperintahkan kepadamu.
3. “The Great Call / Challenge” – Mat 25: 35 – 36
Cenderung kepada:
a) yang lapar
b) yang dahaga
c) yang asing
d) yang telanjang
e) yang sakit
f) yang dipenjara
Melalui sesi ini, perancangan pastoral dapat dilihat sebagai misi gereja dan gereja itu sendiri adalah IMPIAN Yesus (Sesi: My Dream, Your Dream, Our Dream). Sebagai yang melayani, sekurang-kurangnya kita mengetahui bahawa ianya bukan misi kita tetapi kita mengambil bahagian didalam misi Tuhan kerana kita telah dibaptis dan harus menghidupi tiga perkara utama iaitu Priestly, Kingly dan Prohetic.
Diakhir sesi Uncle Francis mengongsikan beberapa tips yang berguna dalam penyediaan perancangan pastoral.
1. Mengambil masa untuk merancang.
2. Jangan merancang solo – solo.
3. Dapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari mereka yang berkenaan (Contoh Paderi, Religious).
4. Sentiasa melihat hasil terakhir berdasarkan 3C.
5. Elakkan daripada merancangkan program yang bersifat “touch & go”.
6. Membuat 3 sehingga 5 tahun perancangan.
7. Seimbangkan perancangan pastoral dengan 5 perkara Worship, Ministry, Evangelism, Fellowship
dan Dicipleship.
|
Suzana Johanes menyampaikan cenderakenangan kepada Uncle Francis Tan. |
Sejurus selepas minum petang, sesi Pastoral Plan Brainstorming disampaikan oleh Rev. Fr David Garaman, Penasihat Rohani bagi Tim Kerasulan Belia Keuskupan, Sandakan.
Dalam sesi ini, Fr David mengongsikan bahawa program-program yang akan dijalankan pada tahun 2012 ini perlu berlandaskan tema Sabah Youth Day 3 – “Berakar, dibangun dan teguh dalam Iman”. Ini adalah kerana acara kemuncak belia tahun 2012 adalah Sabah Youth Day yang ke 3, yang mana akan diadakan pada bulan Ogos nanti di Tambunan. Maka oleh yang demikian adalah lebih baik sekiranya program – program belia dirancang sebagai satu persiapan menuju SYD3 ini agar, belia-belia yang tidak dapat menyertai SYD3 dapat merasakan ‘aura’ SYD3 manakala belia-belia yang akan menyertainya akan lebih memahami tujuan utama menyertai SYD3.
|
Anna Teresa menyampaikan cenderakenangan kepada Fr David Garaman |
Selesai sahaja sesi Fr David Garaman, keempat – empat tim Kerasulan Belia Paroki membuat brainstorming dan sekaligus membuat persiapan untuk sesi malam iaitu “Share and Learn”.
|
YLC 2012 Special Dinner Fellowship |
Dimalam terakhir Youth Leader’s Camp 2012, tim penganjur YLC telah menyediakan makan malam istimewa untuk semua peserta. Ianya istimewa kerana setiap individu itu unik dan mempunyai latar belakang serta personaliti yang tersendiri. Selain itu ia juga salah satu cara untuk merayakan kesatuan diantara empat paroki yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin belia yang pelbagai bangsa dan warna kulit. Inilah keunikan dan keistimewaan belia – belia Diosis Sandakan. Namun dalam keunikan itu mereka mempunyai satu persamaaan – cintakasih Yesus.
Cara hidangan pada kali ini berbeza dari makan malam yang lalu. Pada kali ini, makanan dihidang diatas daun pisang dan peserta akan makan menggunakan tangan mereka. Selain itu, tim penganjur juga mengambil kesempatan untuk merayakan hari jadi peserta yang lahir pada bulan Februari dan sekali gus menyambut Hari Kasih Sayang.
|
Mengambil kesempatan untuk merayakan hari lahir peserta pada bulan Februari. |
Program Youth Leader’s Camp 2012 hari keempat ini diteruskan dengan sesi “Share and Learn”. Hasil daripada perbincangan atau Brainstorming tim akan dikongsikan bersama dalam sesi ini. Wakil dari setiap tim akan membentangkan perancangan pastoral mereka dihadapan semua peserta termasuk Fr. David Garaman. Sesi soal jawab diantara tim juga diadakan.
“Share and Learn” sekurang -kurangnya memberi peluang kepada para peserta yang belajar sesuatu dari paroki lain dan dengan harapan dapat di aplikasikan ditempat masing-masing. Selain itu ia juga memberi peluang untuk mereka bercakap dihadapan dan belajar untuk memberi ‘feedback’ kepada soalan -soalan yang diajukan oleh para peserta yang lain serta Fr David. Soal jawab ini membantu para pemimpin untuk lebih memahani apa yang telah mereka rancangkan dan lebih menyakinkan apabila ahli tim lain turut membantu dalam sesi soal jawab.
Are we ready to offer and commit to OUR Pastoral Plan?
Seperti yang Uncle Francis kongsikan “Building a healthy youth ministry takes a TEAM that is willing to work together. IT IS NOT A ONE PERSON JOB.” Sebagai seorang pemimpin belia, kita tidak boleh berjalan sendiri. Malah kita juga tidak boleh berdiri dalam pelayanan mengunakan kekuatan manusiawi semata – mata. Pelayanan harus tertuju kepada Kristus kerana Dia memungkinkan segala sesuatu yang mustahil.
Penyerahan Perancangan Pastoral diadakan secara Pilgrim Dance. Setiap tim yang diketuai oleh koordinator masing – masing akan berjalan dua kali kehadapan dan sekali undur berulang – ulang sehingga menjadi satu bulatan yang mengumpulkan keempat-empat paroki. Ini bermakna, tim akan terus berjalan kehadapan namun sekali – sekala mereka perlu lihat ke ‘belakang’ dan merenung sejenak. Bak kata Uncle Francis Tan “STEP BACK & REFLECT”.
Manakala tangan kanan akan berada di bahu kiri ahli tim dihadapan dan tangan kiri diletak didada. Ini bermaksud setiap tim akan menyokong ahli tim yang lain tidak kira betapa besarnya ‘ombak’ yang akan dihadapi dengan menyerahkan diri secara seluruhnya dalam pelayanan mencapai misi 2012.
Setiap koordinator akan mengetuai Pilgrim Dance sambil memegang perancangan pastoral mereka sebagai tanda penyerahan dan komitmen mereka sebagai ‘Nahkoda Kapal’ dalam misi Kristus.
Apabila Pilgrim Dance ini telah mengumpulkan keempat-empat paroki, Rev. Fr David Garaman mengetuai perjalanan ini sambil memegang Alkitab. Ini bermakna empat paroki ini adalah satu dibawah Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan yang berjalan seiring dalam misi Kristus dan menyokong antara satu dengan yang lain. Alkitab adalah Kristus dan pemimpin belia perlu menjadikan keperibadian Yesus sebagai landasan dalam peribadi masing-masing dan dalam pelayanan.
“Ini adalah kerana pemimpin belia harus terlebih dahulu mengalami cinta Yesus dan melalui hubungan peribadi dengan Kristus, pemimpin belia akan lebih mengerti sebab untuk melayaniNya” – Mesej Bishop Julius Dusin Gitom kepada peserta ‘Youth Leader’s Camp’.
“Let us keep our eyes fixed on Jesus, on whom our faith depends from the beginning to end.”
Hebrew 12:2
“Though we are many, we are one body, we are one body in Christ…” Romans 12:5
Sesi penyerahan Perancangan Pastoral diakhiri dengan doa Bapa Kami dan pemberkatan akhir dari Rev. Fr David Garaman.
To be continued…