Melalui perkongsian homili selebran, Fr Thomas Makajil, beliau rasa bersyukur dan berterima kasih kepada kesemua ahli LOM kerana berjaya melaksanakan pelayanan dengan begitu baik. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran hebat, namun LOM tetap utuh dan teguh berpegang kepada janji mereka. Paderi turut memperkongsikan kepada ahli-ahli LOM tentang sejarah perkumpulan, di mana Kumpulan LOM adalah kumpulan yang pertama sekali diwujudkan dan seterusnya antara kumpulan yang amat aktif dalam penginjilan, aktiviti kerohanian dan banyak akitiviti lain. Kesaksian dan pengalaman ahli-ahli menjadikan perkumpulan ini berkesan dalam kehidupan kalangan ahlinya sehinggakan umat lain tertarik untuk menyertai perkumpulan ini.
Legio Maria
Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
http://id.wikipedia.org/wiki/Legio_Maria
Menurut sejarahnya, pertama kali Legio Maria didirikan di Dublin, Irlandia, oleh orang awam Katolik, Frank Duff, pada 7 September 1921. Pada awal perkembangannya, Legio Maria sempat tersendat-sendat. Namun kemudian Legio Maria dapat berkembang dengan baik. Pada tahun 1931, Paus Pius X memuji karya kerasulan Legio Maria.
Untuk menjadi anggota Legio Maria, seseorang yang sudah dibaptis menjadi Katolik. Anggota Legio Maria terdiri dari anggota aktif dan anggota auxilier(yang membantu). Anggota aktif wajib terlibat dalam kegiatan rutin Legio Maria seperti menghadiri sidang/pertemuan anggota, melaksanakan tugas-tugas kerasulan, mendoakan Catena (Latin: Catena artinya rantai ikatan), dan lain-lain. Tugas anggota auxilier adalah berdoa Rosario dan Tessera.
Dewan tertinggi Legio Maria adalah Concilium di Dublin, Irlandia. Di bawahnya terdapat Senatus. Di bawah Senatus terdapat Commissium, kemudian Kuria dan terakhir Presidium.