Soccom

Sandakan. 06 April 2012. Jumaat Agung. Umat beriman telah mengadakan upacara renungan Jalan Salib bermula pada jam 9.00 pagi. Bahasa perantaraan yang digunakan  adalah bahasa  Inggeris, Cina dan Melayu. Mereka telah menggunakan Jalan Puncak sebagai laluan. Perarakan bermula dari Bangunan Katedral St. Mary menuju ke dataran Konven St. Mary di Bukit Ave Maria.


Kehadiran umat adalah sekitar 500 orang. Mereka terdiri dari berbagai suku kaum bangsa dan usia. Kemuncak upacara Jalan Salib ini adalah Servis Jumaat Agung yang akan diadakan di Katedral. 


Jalan Salib adalah merupakan salah satu devosi dalam tradisi Katolik untuk mengenang kembali perbuatan Yesus yang rela berkorban, memulihkan hubungan antara Allah Bapa dan manusia. Setiap perhentian itu akan dibaca segala macam perbuatan manusiawi yang jahat, tidak taat setia dan mengasihi sesama yang akan mengakibatkan penderitaan.

Upacara renungan Jalan Salib ini dipimpin oleh ketua-ketua komuniti masing-masing secara bergilir-gilir berakhir pada sekitar jam 10.00 pagi. Umat kembali ke Katedral untuk menghayati tayangan “The Passion of Christ ” sambil menanti servis pada jam 1.30 petang.