Laporan oleh Michelle Cornelius
Gambar oleh Alvinna dan Jekqwelin

SANDAKAN: Ahad, 1 April 2012. Setiap tahun para belia pasti berpeluang untuk menyambut sambutan Hari Belia Sedunia yang diadakan bersama-sama dengan Perayaan Daun Palma.Sambutan Hari Belia Sedunia peringkat paroki pada kali ini agak berbeza dengan sambutan yang lalu,ini kerana sambutan kali ini diselitkan dengan persiapan bagi para peserta yang bakal mengikuti SYD-3. Oleh itu, sambutan Hari Belia Sedunia pada 1 April yang lalu mempunyai keunikannya tersendiri. 
Patrick Seah selaku pengerusi Majlis Pastoral Paroki (MPP) Katedral St. Mary Sandakan sedang memberikan ucapan kepada para belia.
Tema Hari Belia Sedunia tahun ini adalah ”Rejoice in the Lord always!” Bersukacitalah senantisa dalam Tuhan (Filipi 4:4).  Belia Katolik di seluruh dunia akan berpesta menyahut seruan pesanan Bapa Suci Paus Benedictus ke XVI yang akan diadakan setiap tahun pada Minggu Palma bermulanya Minggu Suci pra-paskah.
Seramai 96 orang peserta tidak mensia-siakan peluang untuk bersukacita bersama-sama dalam sambutan ini. Tirai sambutan ini telah dibuka dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis Pastoral Paroki (MPP), Sdra Patrick Seah yang tidak putus–putus memberi semangat kepada para belia. Dalam ucapannya, beliau berkesempatan untuk menyeru para peserta SYD-3 untuk mengambil pengalaman sebanyak yang boleh semasa berada di Tambunan nanti.
‘Sukacita’ adalah anugerah dari Roh Kudus. Bukan mudah hati seorang belia merasa sukacita apalagi semasa menghadapi kesulitan. Dunia tidak akan dapat memberikan ‘sukacita’ yang kekal dalam masa yang sama memikirkan masa depan yang abstrak. Belia memerlukan harapan, iman dan kasih. Yesus Kristus yang telah mati di kayu salib dan bangkit.
Misteri iman ini akan memberikan cahaya baru dan kekal di hati belia. Hanya belia yang intim hubungan doanya dengan Tuhan iaitu selalu membaca firman Tuhan dapat merasakan iman sukacita itu. Belia perlu memiliki hikmat agar tetap setia membaca firman Tuhan akan mengetahui kebenaran dan akan memerdekakan mereka. Sukacita terus dinikmati melalui kehadiran belia dalam perayaan Ekaristi kerana di situlah misteri iman kematian dan kebangkitan Kristus dinyatakan. Tahun ini belia diberi pengertian tentang sukacita yang sejatiSukacita bukan untuk disembunyikan tetapi akan dikongsikan kepada sesama belia. Demikianlah serba sedikit pesanan Hari Belia Sedunia kali yang ke 27 dari Bapa Suci Paus Benedict ke XVI tahun ini.

Sejurus itu, para peserta dapat memuji Tuhan dalam salah satu sesi ‘praise and worship’ dan para peserta juga dapat terus bersukacita dengan menari bersama-sama dalam tarian yang agak terkenal iaitu ‘Tarian Jamilah’. Persahabatan antara peserta juga dapat dibina melalui sesi’games. ‘

Istimewanya pada program kali ini, salah satu program khas SYD-3 turut diselitkan iaitu sesi perkongsian daripada Sem.Stanley dengan tema “Berakar dalam Yesus Kristus”. Beliau telah mengongsikan betapa akar itu penting bagi mengalirkan air dan sumber nutrient, serta menjadi alat pernafasan yang seterusnya membantu menahan pohon bagi sesuatu tanaman. Sem.Stanley mengingatkan para belia untuk terus berakar dengan membaca Firman Allah yang merupakan air yang sejuk bagi kehidupan kita. Di samping itu terus berdoa kerana doa itu adalah nafas bagi setiap anak Tuhan dan tidak mudah mempercayai angin pengajaran sesat yang akan mudahnya menjatuhkan kita. 
Sr Lilian
Spencer

Seterusnya semangat para peserta SYD-3 terus membara dengan penanyangan Trailer SYD-3 serta pengenalan objektif-objektif SYD-3 yang disampaikan oleh Sister Lilian fsic. Para peserta turut didedahkan dengan projek-projek pencarian dana bagi membiayai perjalanan menuju ke SYD-3. Salah satu projek tersebut adalah Skim RM1, yang membolehkan para peserta SYD-3 untuk menabung RM1 sehari bagi membantu penjanaan dana. Peluang seperti ini membantu menanam semangat bertanggungjawab dalam diri para peserta. ”This is not to burden you but to help and to teach yourself to give commitment” dalam salah satu perkongsian Bro.Spencer yang telah membantu memberi idea untuk Skim RM1 ini. Program ini kemudiannya diakhiri dengan para-liturgi yang membolehkan para peserta membuat sendiri tabung mereka dan menyerahkannya dalam doa dan seterusnya ditutup oleh Sr Lilian. 

Keseluruhannya, para peserta bukan sahaja dapat merasakan debaran SYD-3 tetapi turut dapat mengongsikan sukacita antara satu sama lain seperti yang diharapkan oleh Pope Benedict XVI. Walaupun terdapat segelintir para peserta yang tidak mengikuti SYD-3 namun mereka tidak berputus asa dan pasti menanti kedatangan SYD yang akan datang.