Gambar  kenang – kenangan
Our Lady of Fatima, Beluran – Seramai 43 orang belia OLOF yang mengikuti program sambutan Hari Belia yang diadakan pada 1 April 2012 . Program ini turut dikendalikan oleh dua ahli Kerasulan Belia Paroki St Mary Sandakan iaitu saudari Reginia Jane Hugo dan saudara Melton Yong.

Aktiviti dimulakan pada jam 1.00 petang dengan makan tengah hari bersama-sama dan seterusnya sesi puji-pujian dipimpin oleh adik Gretchene Salipa dengan beberapa lagu aksi.

Puji – Pujian

Bagi mendalami lagi pesan Bapa Suci Benedict ke 16 untuk semua para belia pada tahun ini , saudari Reginia mengongsikan satu video klip iaitu “LIGHTHEAD and CAPTIVATED” yang menerangkan liku-liku kehidupan belia. Selain itu risalah pesanan Bapa Suci juga turut diedarkan kepada belia-belia agar mereka boleh membacanya dan merenung mesej-mesej yang disampaikan.

Satu lagi tayangan video ringkas yang dikongsikan oleh saudari Reginia adalah “BE HAPPY ALWAYS”. Melalui tayangan ini para belia diingatkan untuk sentiasa bergembira dalam apa saja cabaran yang ada untuk melayani Tuhan. Sesuai dengan tema Hari Belia Sedunia tahun ini “Bersukacitalah dalam Tuhan!” yang dipetik dari Filipi 4:4. Para belia kemudiannya dibahagikan dalam kumpulan bagi sesi perkongsian mengenai jalan cerita kenidupan mereka masing-masing.
 
Semasa sesi perkongsian kumpulan besar, adik Gerline menampilkan diri untuk berkongsi bagaimana Tuhan telah menyentuhnya dengan yang menjelaskan bahawa Tuhan sentiasa ada caraNya untuk memanggil anak-anakNya. Ini adalah kerana pada permulaan adik Gerline mempunyai sikap malu-malu untuk melayani Tuhan. Namun setelah menyertai satu program iaitu program YouthPREPLink yang lalu telah mengubah sikap adik ini untuk sentiasa beryakinan dalam perkumpulan belia dan mahu untuk melayani Tuhan dengan melalui koir setiap minggu.

Adik Gerline dan Adik Presley

Seorang lagi belia iaitu saudara Presley pula mengongsikan semasa baru mahu melayani Tuhan dia merasakan tidak mempunyai kawan untuk sama-sama melayani. Namun kerana tekadnya dalam berdoa dia akhirnya mempunyai teman-teman yang boleh berjalan bersamanya dalam pelayanan. Kini, melalui penglibatannya dalam perkumpulan belia yang diadakan dia mulai yakin dan berani untuk tampil dihadapan dan berkongsi. Saudara Presley juga mengucap syukur kerana Tuhan mendengar doanya.

Bagi sesi games, Saudari Reginia telah mengendalikan permainan “I AM THE KING”. Dalam games ini ia dapat melatih setiap ahli kumpulan untuk saling bekerjasama dan mendengar setiap arahan yang telah diberikan. Selain itu para belia juga diajar untuk menanam nilai kasih sayang kerana dalam permainan ini setiap kumpulan akan mencari jalan untuk menyelamatkan kawan mereka yang ditahan oleh raja.

King oh King, what do you want?

Acara kemuncak bagi program ini adalah sesi kerohanian iaitu “RAINBOW CARD”. Setiap belia diberikan sekeping kad dan mereka diajak untuk menulis kisah hidup mereka dan merenung siapakah Tuhan itu bagi mereka. Dalam sesi ini juga mereka dijemput untuk mengucap syukur diatas berkat yang telah diberikan oleh Tuhan dalam kehidupan mereka sebagai belia.

Siapakah Tuhan bagi saya?

Sesi Evaluasi adalah program yang terakhir dijalankan bagi merangkumi apa yang telah diperolehi oleh para perserta sepanjang aktiviti program dijalankan. Jelas program pada hari tersebut menarik perhatian belia-belia yang hadir dan tergambar perasaan gembira di setiap wajah mereka serta terjalin persahabatan yang lebih erat di kalangan semua yang hadir.

Program diakhiri dengan minum petang bersama, bergambar dan mengemaskan dewan. Kerasulan Belia Katolik OLOF mengharapkan dengan adanya program seumpama ini dapat meningkatkan semangat semua belia-belia untuk terus setia melayani sebagai seorang belia di gereja OLOF.

Laporan dan gambar disediakan oleh Sheila John dan Melton Yong