Shirley Yong, SOCCOM Lahad Datu
Lahad Datu – Sambutan Pesta Kaamatan di paroki St Dominic Lahad Datu dirayakan pada 6hb May 2012. Pesta ini dimulakan dengan Perayaan Misa yang dipimpin oleh Fr Simon Kontou dan dibantu oleh Fr Marcelinus Pongking.
Dalam homilinya,Fr Simon mengatakan bahawa pesta ini adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Bapa di syurga atas kemurahan dan berkatNya yang telah Dia berikan kepada kita semua. Pesta ini seharusnya disambut bukan sahaja oleh kaum Kadazan Dusun tetapi oleh semua umat gereja tanpa mengira bangsa. Setelah selesai misa kudus, Fr Simon merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan dengan memberkati padi dan tumbuh-tumbuhan.
ACARA PENTAS PESTA KAAMATAN LAHAD DATU
Pesta ini diteruskan dengan acara pentas dan padang. Antara acara yang dijalankan ialah, pertandingan Unduk Ngadau Veteren, tiup belon, baling kelapa, Selipar gergasi, menyumpit dan sebagainya. Pesta ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan cabutan tikit bertuah.