SANDAKAN : Anna Teresa, Sharon Tan dan Bro. Bell wakil daripada Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) bersama tiga orang belia dari Paroki St. Martin, Telupid iaitu, Warren, Shirley Ann dan Slone telah mengadakan satu program Friendship Encounter yang bertemakan “What’s up? How are you doing?” pada 19 April 2012.
Lawatan persahabatan ini adalah merupakan kesinambungan bagi lawatan -lawatan yang telah dilakukan tahun lalu dan juga Youth Leader’s Camp yang telah diadakan pada bulan Febuari 2012. Lawatan seumpama ini wajar diadakan untuk meneruskan persahabatan yang sudah sedia ada dan pada masa yang sama merapatkan silaturahim antara sesama.

“Sahabat lama jangan kau tinggalkan; niscaya yang baru tidak sebanding dengannya. Sahabat baru serupa dengan air anggur yang baru, setelah menjadi tua dapat kau minum dengan senang hati– Sirakh 9 : 10

Program ini bermula pada pukul 8 malam dan telah di mulakan dengan Welcoming dengan lagu puji-pujian yang telah di pimpin oleh Royner Patrick Assang, Elmer Adonis Jr. dan diiringi oleh pemain gitar Amado Degullacion.
Selepas itu, disusuli dengan sesi Fun yang telah dikendalikan oleh Saudara Royner. Para belia telah di bahagikan kepada enam kumpulan dan mereka telah diarahkan untuk menutup mata kawan mereka yang berada dihadapan mereka. Seorang ahli dari setiap kumpulan dipilih sebagai pemimipin kumpulan. Tugas pemimpin ini adalah untuk memimpin ahli kumpulan yang ‘buta’ dengan memberi arahan dengan suara yang kuat  dan sejelas yang boleh agar kumpulan mereka boleh sampai ke destinasi yang ditetapkan.

Menurut Royner, permainan ini dipilih kerana dalam pelayan, kita harus mengenal dan mendengar arahan dari ketua kita tidak kira usia mereka muda atau tua.

Selepas bermain dan bersuka ria, para belia telah disajikan dengan fellowship yang telah disediakan oleh belia – belia paroki St Mary yang hadir pada malam tersebut.

Let’s share food and stories!
Program diteruskan dengan Sharing and Learning. Video klip “Youth Leader’s Camp” telah ditayangkan kepada para belia agar mereka boleh mengimbas kembali perjalanan mereka semasa YLC pada Febuari 2012 yang lalu. Pada masa yang sama, tayangan video klip ini juga boleh memberi sedikit sebanyak idea tentang apa berlaku semasa YLC kepada mereka yang tidak ada kesempatan untuk menyertainya.
Mengimbas kemabli “Are you ready?”

Saudara Slone telah memperkongsikan sedikit sebanyak pengalamannya semasa berada di YLC. Selepas itu, saudara Warren telah memberi beberapa soalan untuk direnungkan dan diakhiri dengan saudari Shirley Ann dalam sesi expresi rasa syukur mereka dalam bentuk yang kreatif. 

Sharing daripada saudara Slone
Saudara Warren sedang memberi beberapa soalan untuk di renungkan.
Shirley Ann: Ekspres diri anda secara kreatif. 




Friendship Encounter ini telah diakhiri dengan sesi “Spiritual Time” yang dipimpin oleh Sharon Tan. Dalam sesi ini, belia telah diminta untuk mendoakan kawan-kawan mereka yang berada di sebelah kanan dan kiri mereka kerana setiap belia memerlukan antara sesama untuk terus berjuang dalam pelayanan sebagai seorang individu, anak, teman, pelajar, pelayan gereja dan sebagainya.

Sebelum pulang, para belia memberi salam damai antara satu dengan lain dan pastinya menanti pertemuan akan datang.

ds/st
Gambar disediakan oleh Bro. Bell.