Sandakan – Pada 29 April yang lalu, kami telah merayakan Minggu Panggilan di Katedral St. Mary, Sandakan. Acara ini telah dimulakan dengan Misa Kudus di mana Rev. Fr. Thomas Makajil telah menerangkan betapa penting itu panggilan dan berharap agar ada ibu bapa yang sanggup membenarkan anak-anak mereka untuk menjadi seorang paderi.
Para peserta mendengar perkongsian daripada para penyampai sesi
Setiap tahun, Bapa Suci Benediktus ke-16 ada menyediakan mesej tentang Minggu Panggilan yang mana tahun ini bertemakan ‘Panggilan sebagai Anugerah Kasih Allah’.
Selain itu Seminarian Stanley juga telah menceritakan pengalamannya sebelum dan sehinggalah sekarang (Seminari) di mana banyak pengalaman-pengalaman yang diperoleh selama berada di Seminari St. Peter, Kuching, Sarawak.
Program Minggu Panggilan ini diteruskan selepas Misa Kudus Bahasa Malaysia di Pusat Kateketikal Fr. Mulder yang telah dihadiri seramai 30 peserta lelaki dan perempuan.
Saudari Airene telah memulakan program ini mengenai “Apakah Tugas-tugas/’Role’ Kita Sebagai Seorang Belia Katolik?”. Beliau telah menerangkan betapa pentingnya belia dan peranan mereka di Gereja.
Sesi “Apakah Tugas-tugas/’Role’ Kita Sebagai Seorang Belia Katolik?” yang telah disampaikan oleh Pn Airene
Selain itu Sr. Appollonia, FSIC juga telah menerangkan serba sedikit tentang bagaimaan untuk memasuki atau pun menjadi seorang ‘Sister’.
Selain daripada ceramah, kami juga telah menayangkan ‘slide show’ mengenai kehidupan para Sister FSIC, Gembala Baik dan juga tentang kehidupan di Seminari.
Program ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama.
“Ya Tuhan, pakailah hidup kami”

Soccom SMCat