FRANCO AMIGO
Gambar Oleh: Sam Edesius

Pada hari kedua

Ahad, 6hb Mei 2012. Lokasi Misa Kudus Pesta kaamatan Peringkat Paroki Katedral St. Mary Sandakan tahun ini adalah di Gereja St. Mark Bt. 12 Sandakan, diselebrankan oleh Paderi Paroki, Rev. Fr. Thomas Makajil yang bertemakan:  “Iman Mewujudkan Solidariti Komuniti.” Pesta ini dihadiri oleh berbagai suku kaum  bangsa dan keturunan.


Paroki Katedral St. Mary adalah terdiri dari zon Beluran, Ulu Dusun dan St. Mark bt. 12, Kinabatangan dan Paitan.  Setiap tahun akan mengadakan keramaian Pesta Kaamatan secara bergilir.

Umat berpakaian tradisi mewakili kawasan masing-masing.
Pembacaan Ke-2
Fr Thomas dalam homilinya, katanya: “Sudah menjadi kebudayaan kita setiap tahun merayakan ‘hari kesyukuran’ kepada Tuhan; yang mencipta kita menurut gambar-Nya sendiri, kerana Dialah yang telah memberi kita kehidupan dan semua benda apa saja kegunaan untuk kehidupan. Itulah sebabnya bagi kita meluahkan kesyukuran kepada-Nya.”

Menyentuh tentang tema fr. Thomas mengingatkan tentang kesatuan komuniti adalah datang dari kepercayaan kepada Tuhan.  “Bagi umat kristian,  kesatuan komuniti ini sangat bererti.  Kita percaya bahawa apa saja yang kita lakukan dengan semangat kerjasama  mudah diselesaikan.” Katanya.


Matheus Sodomon

Selepas Misa Kudus,  maka ucapan-ucapan rasmi Majlis keramaian pun dimulakan.


“Objektif utama perayaan pada tahun ini adalah untuk meneruskan pembangunan iman dan solidariti komuniti.”  Kata Matheus Sodomon selaku pengerusi penganjur. Beliau juga menerangkan bahawa tema tersebut melambangkan satu kesatuan yang intim antara umat beriman tanpa mengira suku, bangsa, kedudukan dan pangkat. 


Sepertimana yang dilakukan oleh para rasul Yesus, mereka sering berkumpul bersama  untuk merayakan Sabda Tuhan dan makan bersama. Demikianlah juga kita dalam komuniti hari ini.” katanya.


Beliau juga mengambil kesempatan untuk mempromosi kraftangan dan perkhidmatan mengurut Persatuan Orang-orang Buta Sabah di bawah pimpinan saudara Michael Jitan. Mereka dijemput khas bagi menyertai perayaan tersebut. 


Fr Thomas sedang memalu gong sebagai tanda perasmian perayaan.
Fr diiringi Matheus Sodomon dan Dimeh Koyopo.


Upacara perasmian Perayaan Pesta Kaamatan telah disempurnakan oleh  Fr. Thomas dengan paluan Gong dan upacara simbolik menuai padi; diirinigi oleh beberapa pemimpin Gereja setempat.
Penyerahan Simbolik Kaamatan kepada Katedral St Mary
yang akan menjadi tuan rumah pada tahun 2013.

Seterusnya upacara penyerahan simbolik Kaamatan kepada Katedral St. Mary bagi tahun 2013 telah disampaikan oleh Sdra. Matius Sodomon kepada Jeflus Sinajin, perwakilan dari Katedral St. Mary.

Paderi bergambar bersama Koir  Kaamatan.

 

Upacara penyampaian hadiah sukaneka.

ACARA PENTAS di Dewan Gereja dengan pelbagai program seperti persembahan koir, pertandingan Sugandoi bagi 5 peserta finalis, penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang sukaneka, persembahan dari setiap Gereja, cabutan tiket bertuah, pertandingan Tina Tosuau Om Tosindak (Ratu Ibu), Pertandingan membuat Hinava dan minuman tradisi  dan pertandingan Membaca Alkitab dalam bahasa Kadazandusun dan Murut (KDM).

Persembahan nyanyian daripada koir gabungan.
Pertandingan tapai, minuman tradisi.
20 GERAI-GERAI KOMUNITI masing-masing  menjual bermacam-macam makanan dan minuman tradisi yang dibuka selama dua hari sempena perayaan Pesta Kaamatan ini berlangsung bagi memeriahkan lagi suasana sambil ratusan pengunjung yang hadir menikmati dan menyaksikan acara-acara yang berlangsung.

Acara  keseluruhan sukaneka ‘Juara’ dimenangi 
oleh perwakilan dari St Mark.
Perayaan Pesta Kaamatan peringkat Paroki Sandakan berakhir pada jam 6.30 petang dengan doa penutup oleh Fr. Thomas.   Tuan rumah Pesta Kaamatan Paroki pada tahun hadapan adalah Katedral St. Mary Sandakan.