Jururawat pelatih bersama Tim KBK |
Sandakan : Pada 27 Mei 2012 (Ahad) yang lalu, Jururawat Pelatih dari Kolej Kejururawatan Sandakan sekali lagi menerima lawatan persahabatan dari Tim Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) yang diwakili oleh Sharon Tan dan rombongan belia Katedral St Mary; Claire Andrew, Elmer Adonis, Miriam Lee, Michelle Cornelius, Boy Wilfred dan Fiona Degulacion untuk melaksanakan Program Club 2 dengan tema “ I Have A Dream”. Lawatan persahabatan kali ini merupakan kesinambungan bagi lawatan yang pertama pada Februari lalu bertemakan “Let’s Hang Out”.
Kemudian aktiviti diteruskan dengan memfokuskan tema program iaitu “I Have A Dream” dimana Sharon Tan memberikan sekeping kertas kepada jururawat pelatih dan mengkehendaki mereka untuk melukiskan gambaran impian masing-masing. Aktiviti sebegini bukanlah selalu dapat dilakukan kerana apabila sesi perkongsian dijalankan, suasana gembira dan sedih dapat dirasakan oleh setiap individu yang menceritakan mengenai impian tersebut. Selepas sesi perkongsian, Sharon Tan memberi renungan ringkas kepada jururawat pelatih bahawa dengan bersandar kepada cinta kasih Kristus, segala sesuatu yang diingini adalah tidak mustahil.
Program diakhiri dengan doa penutup yang dipimpin oleh Elmer Adonis. Sebelum bersurai, sesi bergambar dilakukan antara Tim KBK dan jururawat pelatih. Secara keseluruhannya, lawatan Tim KBK kali ini memberikan impak yg besar dalam peribadi jururawat pelatih bahawa pentingnya untuk mempunyai impian dalam hidup dan merasakan kehadiran Yesus dalam impian tersebut.
Setiap individu merupakan anggota tubuh dengan karunia dan fungsi masing-masing. Dalam tubuh jelas ada kesatuan dan keseragaman, saling mendokong sesama demi membangunkan tubuh Kristus. |