Artikel dan Gambar oleh Martha Chia

Pujian dan Penyembahan
Sandakan – The Forerunners’ Ministry telah menganjurkan Kursus Alpha pusingan ke-8 bermula pada 1hb Mac 2015 di Dewan Mini gereja St. Mark, Batu 12. Kursus ini akan diadakan pada setiap hari Ahad dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang dan akan berakhir pada 26hb April 2015.

Jamuan Ringan
Pujian dan Penyembahan
Alpha merupakan satu kursus yang sesuai untuk semua lapisan umat gereja kerana topik-topik yang disampaikan pada setiap minggu adalah berlainan dan ini dapat memberikan peluang kepada para peserta untuk menerokai dan mendalami pemahaman tentang ajaran gereja.
Ceramah oleh Aronika Paulus

Kumpulan Pujian dan Penyembahan

Aktiviti Berkumpulan dan Perkongsian
Cara penyampaian yang pelbagai, melibatkan ceramah, aktiviti berkumpulan, dan perkongsian memudahkan para peserta untuk memahami kursus ini. Selain dari itu, para peserta juga berpeluang untuk memuji Tuhan melalui Pujian dan Penyembahan. Melalui kursus ini, diharapkan para peserta dapat memperkukuh dan menguatkan lagi iman masing-masing.