Tawau, Sandakan, Telupid dan Lahad Datu
Sandakan : Keuskupan Sandakan mengalu-alukan 397 baptisan baru, yang telah dibaptis pada Malam Paskah, 4hb April 2015; 150 dari Paroki Sandakan, 71 dari Paroki Telupid, 38 dari Paroki Tawau dan 138 dari Paroki Lahad Datu.
![]() |
| Bapa Uskup Julius bersama baptisan baru di Gereja Katolik St. Martin, Telupid |
Kesemua mempunyai kisah yang hendak diberitakan. Masing-masing dengan kisah silam mereka yang kurang menyenangkan. Mereka bertekad mahu berubah demi Kritus. Kisah sedemikianlah mereka mahu kongsikan bersama, khususnya dengan yang belum mengenali Kristus.
![]() |
| Fr Philip Muji bersama baptisan baru di Gereja Katolik Holy Trinity Tawau |
Cerita mereka berkisarkan bilamana dan bagaimana terdorong untuk mahu mengenal Yesus, tersentuh dengan Sabda Kristus dan perubahan-perubahan hidup yang dialami. Dalam masa perjalanan mencari iman, mereka akhirnya menemui sukacita dan kebahagiaan melalui Injil yang dikongsi bersama.
Kini mereka lebih yakin dengan hidup mereka, ramai di antara mereka berasa sukacita dan memperolehi ketenangan atas pengampunan Tuhan. 2 Kor 5 : 17, ‘Jadi siapa yang ada dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru; yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang.
Sebagai baptisan baru, kita menguburkan hidup kita yang lama dengan segala dosa kita, untuk hidup baru di dalam Kristus dengan melaksanakan perintah-perintahNya.



