Sandakan : Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP) Katedral St Mary, Sandakan akan menganjur Perayaan Hari Migran Sedunia Ke-101, Peringkat Keuskupan Sandakan pada Ahad, 27hb September 2015. Tema Hari Migran pada tahun ini, “Gereja tanpa Sempadan, Ibu kepada Semua.”


AJK Penganjur : Duduk dari kiri :Joe Mariano, Vanessa Julian, Hildi Poili, Sr Maria Dipal rgs
Berdiri dari kiri : Mirasol Cordero, Siony Fiel, Francis Tan, Stella Sinit dan Shirley Joseph
(serta beberapa ahli lagi yang tidak dapat hadir untuk sesi bergambar ini)

Hari Migran Sedunia akan bermula dengan Perayaan Ekaristi di Katedral St Mary pada 9.15 pagi yang akan diupacarakan bersama oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dan Fr Sunny Chung. Untuk memeriahkan lagi acara hari tersebut, umat digalakkan memakai pakaian tradisi atau pakaian seragam profesyen masing-masing.

Persiapan Perayaan Hari Migran Sedunia

Selesai sahaja Misa Kudus,umat akan beredar ke Dewan Pusat Pastoral Keuskupan Sandakan untuk menyertai majlis sambutan yang akan disempurnakan oleh Bapa Uskup Julius menurut acara berikut;


11.00 pagi Kehadiran / Kedatangan Jemputan (Pendaftaran)
Ucapan dari Sdra. Hildi Poili, Pengerusi KPIP Sandakan
Ucapan dari YM Bapa Uskup Datuk Julius D. Gitom, D.D
Persembahan Keluarga Besar Katolik Indonesia (KBKI), Paroki Sandakan
Laporan KPIP Tawau
Perkongsian Filipino Community, Paroki Sandakan
Laporan KPIP Lahad Datu
Persembahan Filipino Pastoral Committee (FPC), Paroki Sandakan
Perkongsian Keluarga Besar Katolik Indonesia (KBKI), Paroki Sandakan
Laporan KPIP Telupid
Perkongsian Profesyen / Bidang Pekerjaan
Laporan KPIP Sandakan
12.45 tgh Tarian Sumazau beramai-ramai
Makan Tengahari
Doa dan Penutup

Umat yang hadir berpeluang untuk merasai masakan / minuman tradisi suku kaum KadazanDusun dan Murut, Cina, Filipino dan Indonesia, khususnya dari Flores. Di samping itu, komuniti masing-masing akan mempamerkan pakaian tradisi, peralatan tenun juga barang-barang dapur.


Semua umat dijemput hadir dan merayakan bersama Hari Migran Sedunia Peringkat Keuskupan Sandakan Kali Kedua ini.

Perayaan Hari Migran kali pertama telah diadakan di Paroki Holy Trinity, Tawau pada 27hb dan 28hb September 2014. 
http://newsupdatedospo.blogspot.my/2014/10/a-colorful-world-day-for-migrants-and.html