Sandakan – Ada 124 hari lagi sebelum Temasya Belia Keuskupan (TBK) Sandakan dan Tim Penganjur Utama (MOT) sedang berusaha melakukan segala persiapan menuju program pada bulan Ogos 2019 nanti. Pada 9 April 2019, Tim Penganjur Utama telah mengadakan pertemuan dengan Tim Penganjur Lokal (LOT) yang terdiri daripada belia – belia Paroki St Mary, Sandakan dan diketuai oleh Saudara Justine Marcus. Antara yang dibincangkan adalah pengenalan kepada TBK, struktur organisasi, program dan tugasan. Di akhir pertemuan, masing – masing menyatakan rasa sukacita dan ‘excited’ untuk berjalan bersama dalam persiapan menuju TBK ini. Semoga melalui kerjasama ini, TBK dapat dianjurkan dengan jayanya dan dapat menghasilkan buah – buah yang berkelimpahan.