Laporan oleh
Komiti Pelaksana Kursus Alpha 2020
SANDAKAN: Jutaan orang telah mencuba Alpha di 169 negara, dan telah diterjemahkan ke 112 bahasa. Dikembangkan sebagai kursus singkat di Holy Trinity Brompton di London, pada tahun 1990 Nicky Gumbel mengambil alih program Alpha dan menemukan bahawa ramai orang di luar gereja ingin mengeksplorasi iman Kristian. Alpha kini berjalan di setiap bahagian dari Gereja secara global, termasuk Gereja Katolik Roma, Gereja Ortodoks dan semua denominasi Protestan yang utama.
(Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman sesawang: https://malaysia.alpha.org/ )
Kursus Alpha di Paroki Katedral St. Mary, Sandakan telah dijalankan oleh The Forerunners Ministry (TFM) di bawah pelayanan kateketikal, kali terakhir ialah pada tahun 2015. Kini, kursus tersebut diaktifkan semula!
Kursus Alpha 2020 oleh The Forerunners Ministry dimulakan dengan satu Sesi Pengenalan bertemakan, ‘Iman, Pengharapan dan Kasih – Korintus 13:13’ pada 15hb Februari 2020, jam 7.30 malam bertempat di Dewan Penyembahan Keuskupan Sandakan. Sesi tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 40 orang termasuk pihak pelaksana. Ada yang pertama kali menyertai kursus ini dan turut sama hadir untuk memberi sokongan dan suntikan semangat adalah Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, Uskup bagi Keuskupan Sandakan, Diakon Stephen Esguerra dan Seminarian Edward Yahan.
Sesi seterusnya adalah perkongsian daripada Saudari Caroline Tai, Clare Tivit selaku Bendahari Komiti TFM dan Alice Aban iaitu Timbalan Penyelaras Komiti TFM. Mereka mengongsikan tentang penyertaan mereka masing-masing dalam Kursus Alpha sejak awal sehingga kini. Semua perkongsian mereka adalah menyentuh perubahan terhadap peribadi dan kehidupan sendiri; apa yang telah membuat mereka semakin mendekati Tuhan setelah terlibat secara aktif dalam Kursus Alpha sebelum ini.
Sepanjang sesi juga ada beberapa tayangan video diselitkan seperti:
a. Introduction – Alpha in a Catholic Context (Perkongsian daripada Gereja Katolik mengenai Kursus Alpha dalam Konteks Katolik)
b. Is There More to Life Than This? (Pengenalan Kursus Alpha)
c. Sesi Hujung Minggu Roh Kudus yang lalu di Paganakan Dii Resort, Sandakan yang telah dijalankan oleh TFM
Sesi Pengenalan Kursus Alpha itu telah berakhir sekitar jam 10.30 malam dengan doa penutup dipimpin oleh Diakon Stephen. Beliau sempat mengajukan satu soalan renungan oleh semua yang hadir pada malam itu, “Why am I here?“
Maka dengan itu, TFM mengalu-alukan semua yang telah hadir pada sesi pengenalan tersebut untuk hadir pada tarikh-tarikh yang disenaraikan di bawah untuk mendapat impak dan mengalami sendiri perubahan yang akan dibawa oleh Kursus Alpha terhadap diri dan kehidupan mereka masing-masing.
Minggu
|
Tarikh
|
Tajuk Sesi
|
1
|
15/02/2020
(Ahad)
|
Pengenalan Kursus Alpha:
· Adakah yang lebih bermakna dari kehidupan ini?
|
2
|
23/02/2020
(Ahad)
|
· Siapakah Yesus?
|
3
|
01/03/2020
(Ahad)
|
· Mengapakah Yesus Mati?
|
4
|
08/03/2020
(Ahad)
|
· Bagaimanakah Saya Yakin pada Iman Saya?
|
5
|
15/03//2020
(Ahad)
|
· Mengapakah dan Bagaimanakah Seharusnya Saya Berdoa?
|
6
|
22/03/2020
(Ahad)
|
· Mengapakah dan Bagaimanakah Sebaiknya Saya Membaca Alkitab?
|
7
|
29/03/2020
(Ahad)
|
· Bagaimanakah Tuhan Membimbing Kita?
|
8
|
*3 – 5 April 2020
(Jumaat-Ahad)
|
Hujung Minggu Roh Kudus:
· Siapakah Roh Kudus dan Apakah yang dikerjakan oleh Roh Kudus?
· Bagaimanakah Saya dapat Dipenuhi dengan Roh Kudus?
· Adakah Tuhan Menyembuhkan pada Masa Kini?
|
9
|
19/04/2020
(Ahad)
|
· Bagaimanakah Saya boleh Menolak Kejahatan?
· Bagaimana dengan Gereja? Bagaimanakah Menceritakan kepada Orang Lain?
|
Minggu Ke-2 Kursus Alpha 2020 oleh TFM telahpun dijalankan pada 23hb Februari bertempat di Bilik Kateketikal, Katedral St. Mary Sandakan. Sesi berjalan selama dua jam iaitu bermula pada jam 1.45 petang dan selesai pada jam 3.45 petang. Berikut merupakan gambar-gambar semasa sesi tersebut.