By SOCCOM
TELUPID – Pada 8 Mei 2021 yang lepas, Rev. Fr. Christopher Ireneus telah menyempurnakan upacara pemberkatan tapak baharu Kapela Holy Family di Sapi Plantations. Beberapa orang wakil umat setempat berhimpun bersama rombongan Majlis Pastoral Paroki St. Martin, Telupid untuk turut serta dalam upacara tersebut yang dijalankan pada pukul 3:00 petang.
Upacara Pemberkatan tapak baharu disempurnakan oleh Rev. Fr. Christopher Ireneus
Menurut pihak Komuniti Umat Katolik (KUK) Holy Family, pembinaan bangunan kapela baru di atas tapak yang baharu ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti kedudukan kapela lama yang jauh daripada kawasan perumahan menyukarkan umat untuk menghadiri ibadat terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Selain itu, bangunan yang ada sekarang ini semakin usang dan tidak selamat untuk digunakan lagi.
Penyempurnaan gimik perasmian tapak baharu
Sehubungan dengan itu, pihak Syarikat Sapi Plantations Sdn. Bhd. mengambil inisiatif untuk membina sebuah bangunan kapela yang baru untuk keselesaan umat Katolik di sana menjalani ibadat. Tapak baharu tersebut adalah milik syarikat dan kos pembinaan berjumlah RM200000 merangkumi penyediaan tapak baharu, pembinaan bangunan serta keperluan kapela dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat.
Ucapan Pengerusi KUK Holy Family iaitu Sdra. Peter Mojiun
Selesai upacara pemberkatan, Rev. Fr. Christopher Ireneus telah menyempurnakan gimik perasmian tapak baharu disusuli dengan sesi bergambar.