Oleh: Parish CJC
Indah sungguh alam sekitar, udara segar dan nyaman, air yang jernih, cahaya matahari yang memancar ke muka bumi dan memberi kehidupan baru kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan dan manusia. Inilah ciptaan Tuhan yang maha pengasih dan penyayang.
Sempena Minggu Laudato Si’ (16-25 Mei 2021), Keuskupan Sandakan sekali lagi telah menjadi Tuan Rumah bagi penganjuran kempen Lindungi Bumi kita, Lindungi Anak-anak kita pada 23 Mei 2021 bertempat di Katedral St. Mary, Sandakan. Program kerjasama antara Creation Justice Commission Keuskupan Sandakan dan Kerasulan Belia Paroki dari Gereja Holy Trinity Tawau, Gereja St. Martin, Telupid dan Gereja St. Dominic, Lahad Datu telah berjaya dilangsungkan melalui laman maya “YOUTUBE”. Pilihan pengisian bagi Earth Hour kali ini ialah Doa Rosari, yang bermula pada jam 8 malam sehingga 9 malam.
Doa Rosari ini dijalankan dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Iban. Ini mempamerkan keindahan kepelbagaian bahasa dan keindahan ciptaan Tuhan di kalangan umat Allah yang berbilang bangsa dan kaum.
“Meneguhkan kembali panggilan mereka untuk menjadi pelayanan ciptaan dan kita perlu bersyukur kepada Tuhan atas karya tangan-Nya yang mengkagumkan telah dipercayai oleh-Nya ke dalam pemeliharaan kita, dan untuk menemukan kembali pertolongan Allah demi pemeliharaan seluruh ciptaan sebagaimanapun belas kasih-Nya atas segala dosa yang telah kita lakukan terhadap dunia yang kita tinggal ini” (Paus Fransiskus)
Paus Fransiskus menegaskan kembali bagaimana tangunggungjawab kita sebagai orang beriman untuk ikut terlibat menyelesaikan krisis ekologi yang dialami oleh umat manusia saat ini. Dalam petikan seterusnya tentang “Laudato Si” iaitu lingkungan, Paus Fransiskus menekankan bahwa krisis ekologi memanggil kita “Sebagai pelindung karya tangan Allah adalah inti dari kehidupan yang meletakkan Allah sebagai tujuan kita; ini bukanlah suatu aspek pilihan atau alternatif dari kehidupan kita sebagai umat kristiani.”
Marilah kita berdoa kepada Bonda Maria dan Santo Fransiskus Assisi untuk intensi hidup berasa syukur kepada Sang Pencipta dan rasa hormat yang tiada henti kepada ciptaan-Nya. Amen!