SANDAKAN: Mesyuarat bersemuka bagi pembubaran AJK KKKS sesi 2018-2021 dan perlantikan AJK KKKS sesi 2022-2025 telah diadakan pada 19 March 2022,  hari Sabtu, jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Pusat Pastoral Keuskupan, Sandakan. Ini adalah merupakan pertemuan dan juga mesyuarat pertama KKKS sejak mesyuarat terakhirnya pada 07 Mac 2020, sebelum  pandemik Covid-19 melanda dunia dan menyekat pergerakan semua orang selama dua tahun.

Mesyuarat KKKS telah dipengerusikan oleh Kordinator Katekatikal Keuskupan, Sister Martina James, FSIC.  Seramai 13 daripada 15 AJK KKKS dari semua paroki di Keuskupan Sandakan dapat hadir dan melengkapkan korum untuk mengadakan pembubaran dan pemilihan AJK baharu. Dua lagi dari Paroki Our Lady Of Fatima, Beluran turut serta sebagai pemerhati.

 

Kordinator KKKS, Sr. Martina kemudian menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua AJK Lama yang telah bersama-sama dengannya dan menjalankan tugas mereka dengan baik sepanjang sesi 2018-2021 dan mengalu-alukan kehadiran para perwakilan baru semasa mesyuarat pemilihan tersebut. Seterusnya, beliau telah membubarkan AJK sesi 2018-2021 secara rasmi.  Pemilihan AJK sesi 2022-2025 telah dijalankan dan berikut adalah senarai nama AJK KKKS yang baharu:-

Penaung:

Bapa Uskup Julius Dusin Gitom

Penasihat Rohani:

Fr. Simon Kontou (St. Dominic, Lahad Datu)

Koordinator:

Sr. Martina James, FSIC (Katedral St. Mary, Sandakan)

Timbalan Koordinator:

Sebastian Jude Francis (St. Dominic, Lahad Datu)

Setiausaha:

Lucia Petrus (Katedral St. Mary, Sandakan)

Timbalan Setiausaha:

Nelly Solui (St. Dominic, Lahad Datu)

Ahli-Ahli Jawatankuasa:

Severinus Lester Ireneus (Katedral St. Mary, Sandakan)

Raymond Wong (Katedral St. Mary, Sandakan)

Kelly Chu Vun Fui (Holy Trinity,Tawau)

Naomi Francis (Holy Trinity, Tawau)

Asfaliza Batan (Holy Trinity, Tawau)

Yahan Rayner Jalani (St. Martin, Telupid)

Felicity Undalis (St. Martin, Telupid)

Jimis Budu (St. Martin, Telupid)

Primus Longkiad (Our Lady of Fatima, Beluran)

Florence Paulus (Our Lady of Fatima, Beluran)

Maurice Kechi (Our Lady of Fatima, Beluran)

Elaine V. Alenjandro (St. Dominic, Lahad Datu)

Bapa Uskup Julius telah menjalankan Upacara Pengutusan bagi AJK KKKS yang baharu ini pada hari yang sama semasa Misa Kudus Senja bertempat di Katedral St Mary, Sandakan.  Dalam ucapannya ketika itu, Bapa Uskup berkata, “Saya ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada AJK Komisi Katekatikal Keuskupan yang lalu dan ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang dilantik sebagai AJK yang baharu.  Kita tahu bahawa, kita telah melalui masa yang sungguh sukar untuk menjalankan tugas, namun semua ahli Katekatikal berusaha dengan sungguh-sungguh untuk menyampaikan IMAN kepada anak didik mereka di paroki masing-masing.  Jadi maka dengan ini, bagi pihak keuskupan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa yang lalu dan juga mengucapkan selamat menjalankan tugas bagi AJK yang Baharu.  Saya percaya di peringkat paroki sudah diadakan upacara pengutusan para katekis dan fasilitator.  Maka pada hari ini, kita mengadakan pengutusan bagi mereka yang menjadi Ahli Komisi Katekatikal di peringkat Keuskupan Sandakan.”

 

 

Penasihat Rohani, Father Simon Kontou ketika dihubungi berkata, “Terima kasih kepada AJK lama atas dedikasi pelayanan.  Pelayanan Katekatikal adalah pelayanan yang sangat penting dalam Gereja.  Tahniah kepada AJK Baharu.  Semoga dapat melayani dengan iman dan kasih.  Semoga dapat membangun IMAN anak-anak didik dan semoga pelayanan ini dapat membawa mereka mengakui secara peribadi bahawa YESUS adalah TUHAN dan JURUSELAMAT dunia dan bukan sekadar melengkapi Sakramen-Sakramen tetapi akhirnya, Yesus tidak berperanan dalam kehidupan mereka. Maka, fokus penilaian terhadap anak-anak didik bukanlah prestasi cemerlang kelulusan ujian semata-mata tetapi lihatlah hidup iman mereka.”

 

 

 

Komisi ini berharap dapat menjadi berkat kepada ramai orang serta menjangkau dan melayani orang-orang yang belum mengenali Kristus sesuai dengan Misi dan Visi Keuskupan, “Menjadi Satu Komuniti Berpusatkan Kristus, Melayani Sesama Dengan Kasih”.

Berita disediakan oleh KKKS