SANDAKAN: Mesyuarat pembubaran dan perlantikan AJK Baharu bagi Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan telah diadakan pada 15.03.2022 (Selasa) melalui aplikasi Zoom Meeting. Mesyuarat telah dihadiri seramai 24 orang termasuk Fr. Christopher Ireneus, Pembimbing Rohani dan juga Sr. Regina Kimung, FSIC, ex-officio komisi.

Fr. Christopher menyeru agar semua ahli Komisi yang baharu dan lama dapat meneruskan misi pelayanan kerana telah melihat selama ini begitu besar komitmen terhadap sebarang program yang telah dilaksanakan di peringkat paroki dan keuskupan serta luar Keuskupan Sandakan. Beliau juga berkata, “Melihat kepada situasi pandemik yang melanda, membolehkan kita lebih kreatif dan membuka ruang dalam pelayanan yang terbaik dalam apa cara sekalipun sesuai dengan keadaan dan berlandaskan garis panduan yang ditetapkan”.

 AJK Komisi bagi tahun 2018 – 2021 secara rasminya telah dibubarkan dan keputusan perlantikan AJK Baharu bagi sesi 2022 – 2025 secara undian adalah seperti berikut :-

Pembimbing Rohani : Rev. Fr. Christopher Ireneus

Ex-Officio : Sr. Regina Kimung, FSIC

Ketua Penyelaras : Cecelia Polo D’Souza (Paroki Katedral St. Mary, Sandakan)

Penolong Ketua Penyelaras : Ernie Edward (Paroki Holy Trinity, Tawau)

Setiausaha : Babylyn Baco (Paroki Katedral St. Mary, Sandakan)

Penolong Setiausaha : Anita Sangi Pain (Paroki St. Martin Telupid)

Bendahari : Joven Jaimin (Paroki Katedral St. Mary, Sandakan)

Penolong Bendahari : Helda Marusin (Paroki Our Lady of Fatima, Beluran)

 

Ahli Komiti :

1) Rosalia Alfred
2) Maria Jawa Hera

(Paroki Holy Trinity, Tawau)

 

3) Felma Limos
4) Clarice Joannes

(Paroki St. Dominic, Lahad Datu)

 

5) Kharen Simah Matusip
6) Sara Roslin Ronsing

(Paroki St. Martin Telupid)

 

7) Rosnah Jalani
8) Bernardita Gebartan

(Paroki Our Lady of Fatima, Beluran)

 

9) Rani Eby Paee
10) Satina Jair
11) Anna Suana Majaun

(Misi Paitan)

 

Atas amanat Uskup Keuskupan Sandakan,  Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, Fr. Christopher telah menjalankan pengutusan bagi semua ahli pemegang jawatan baharu tersebut. Beliau turut mengambil kesempatan menyampaikan ucapan penghargaan kepada para AJK yang lama dan mengucapkan selamat datang kepada yang baru sahaja dilantik bagi tempoh pelayanan seterusnya.

“Semoga dapat bekerjasama dan belajar antara satu sama lain dalam pelayanan dan semoga apa yang dirancang akan dapat dijalankan. Walaupun kita menetapkan dalam perancangan, tetapi kita masih juga bergantung kepada bagaimana Roh Kudus membimbing kita dalam setiap pelayanan yang mendatang itu. Apapun perancangan itu mestilah berlandaskan realiti di paroki masing-masing, dan harus sesuai dengan Misi dan Visi Keuskupan Sandakan kerana pelayanan kita adalah untuk Tuhan. Semoga dapat melayani bersama dengan penuh cinta kasih, kekuatan dan sentiasa dilindungi serta paling penting, pelayanan kita itu sentiasa diikuti dengan perasaan yang gembira untuk melayani”, kata Fr. Christopher.

Mesyuarat telah ditangguhkan lebih kurang pada jam 9.45 malam dan diakhiri dengan doa penutup yang telah dipimpin oleh Sr. Regina.

Oleh KWKKS 2022-2025