TELUPID: Pada 26 Mac 2022, Ahli-ahli Kerasulan Wanita Katolik (KWK) Paroki St. Martin, Telupid Bahagian Zon Pekan Telupid telah menjalankan satu aktiviti Pra-Paskah iaitu melawat warga emas yang sakit dan kurang berkemampuan di sekitar kawasan Pekan Telupid. Sasaran aktiviti ini adalah seramai 12 orang warga emas. Antara bantuan yang disalurkan ialah beras, telur, biskut dan minuman Milo. Mereka sempat bergambar bersama sebagai tanda kenangan dan rekod serta laporan pelayanan.