TELUPID – Seramai 12 buah keluarga yang terkesan akibat banjir yang berlaku pada hujung Disember 2021 telah menerima bantuan kewangan daripada CARITAS Malaysia pada 3 Mac 2022 bertempat di kapela St. Peter, Kg. Bauto, Telupid. Sumbangan tersebut diserahkan sendiri oleh paderi paroki St. Martin, Telupid iaitu Rev. Fr. Christopher Ireneus dengan kehadiran Pengerusi KUK St. Peter, Kg. Bauto serta dua orang wakil daripada Majlis Pastoral Paroki.
Sebelum penyerahan bantuan tersebut, paderi terlebih dahulu memberikan sedikit penerangan kepada wakil keluarga yang hadir mengenai sumbangan yang mereka terima supaya semua pihak mendapat penjelasan yang tepat dan tidak keliru dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak lain disusuli dengan sesi penyerahan bantuan kepada keluarga yang terkesan banjir. Diharapkan agar sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang terkesan akibat banjir.