Dilaporkan oleh Komiti IKD/PPKK Diosis Sandakan

SANDAKAN: Mesyuarat bersemuka telah diadakan pada 23hb April 2022, jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Pastoral Keuskupan Sandakan. Mesyuarat julung kali ini diadakan selepas mesyuarat yang dijadualkan pada 21hb Mac 2020, tertunda kerana Pandemik Covid-19.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Kordinator Katekatikal Keuskupan, Sister Martina James, FSIC ini telah mengumpulkan 21 orang yang hadir, terdiri daripada para penyelaras katekatikal serta wakil pembimbing IKD/PPKK dari setiap paroki di Keuskupan Sandakan.

Sr. Martina, FSIC mengalu-alukan kedatangan semua yang hadir dan menyatakan keperluan mesyuarat ini dijalankan, iaitu, bagi mencari penyelarasan dan membuat suatu garis panduan yang akan digunapakai oleh Inisiasi Kristian Dewasa dan Persiapan Pembaptisan Kanak-Kanak (IKD/PPKK) di keuskupan ini. Beliau juga mengatakan bahawa paling penting adalah komunikasi dalam mencari persetujuan.

Seterusnya, beliau mengumumkan bahawa perlunya penubuhan Komiti IKD/PPKK di bawah naungan Komisi Katekatikal Keuskupan Sandakan. Maka, pemilihan AJK sesi 2022-2025 telah dijalankan dan berikut merupakan senarai nama AJK yang telah dipersetujui bersama:-

Koordinator:
Sr. Martina James, FSIC
(Pengarah, Pejabat Kateketikal Keuskupan Sandakan)

Timbalan Koordinator:
Linda Lajanti
(Paroki Holy Trinity, Tawau)

Setiausaha:
Elaine V. Alejandro
(Paroki St. Dominic, Lahad Datu)

Timbalan Setiausaha:
Irene Palisa
(Paroki Our Lady Of Fatima, Beluran)

Ahli-Ahli Jawatankuasa:

(Paroki Katedral St. Mary, Sandakan)
Eric Ng
Raymond Wong
Juliana Kimin
Lena Petrus
Severinus Lester Ireneus
Lawrence P. Gundaly

(Paroki Holy Trinity, Tawau)
Melvin Lajanti
Naomi Francis
Asfaliza Batan

(Paroki St. Martin, Telupid)
Yahan Rayner Jalani
Juliana Pikard
Jimis Budu
Mercy Madahim

(Our Lady of Fatima, Beluran)
Gerald Salipa
Maurice Kechi
Sebastian Francis
Nelly Solui
Udin Gabriel

Setelah sesi pemilihan tersebut selesai, Sr. Martina, FSIC meneruskan dengan sesi laporan IKD/PPKK oleh setiap paroki dan laporan-laporan itu telah  menerima banyak maklum balas. Antara topik yang mengisi agenda mesyuarat pagi itu, antaranya adalah penyelarasan bagi pendaftaran masuk, kad kehadiran dan kelas serta buku yang digunakan semasa calon katekumen belajar di IKD/PPKK.

Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula pada mesyuarat seterusnya, dijadualkan pada 26hb November 2022 di Paroki Holy Trinity, Tawau. Mesyuarat ini telah berakhir dengan doa penutup yang dipimpin oleh Sdra. Yahan Rayner Jalani.