Lahad Datu: Pada 26hb Mac 2023, seramai 15 orang Katekis Pembimbing Pertemuan Minggu Gembira (PMG) Gereja St. Dominic, Lahad Datu telah membuat satu lawatan amal selepas sesi kelas PMG.
Lima buah keluarga telah dilawati iaitu dua dari Kg. Wawasan, dan masing-masing sebuah keluarga di Taman Maju, Kg. Sepagaya dan Kg. Silabukan.
Ada yang sedang sakit daripada kalangan keluarga-keluarga tersebut dan mereka juga kurang berkemampuan. Selain kunjungan amal, rombongan tersebut turut memberikan sedikit sumbangan dan mengadakan doa bersama mereka.