oleh SOCCOM (Macshamus Bilcher)
Sandakan: Pada 7hb April 2023, upacara renungan Jalan Salib telah dimulakan pada jam 9 pagi dengan keadaan cuaca yang cerah dan tenang. Bahasa perantaraan yang digunakan iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina secara bergilir. Lebih kurang 300 umat beriman telah berkumpul untuk berdoa bersama serta merenungi kisah kesengsaraan Kristus di setiap 14 perhentian.
Turut menghadiri upacara ini ialah Rev Fr Raymond Lee Seng Huat. Perarakan bermula dari perkarangan Katedral St. Mary menuju ke dataran Konven St. Mary.
Upacara Jalan Salib berakhir apabila berdirinya kayu Salib di perhentian terakhir kira kira jam 10 pagi.