NAMA  : JOHN LINGKA
UMUR  : 55 TAHUN
ASAL : KAMPUNG MELAPI, TELUPID.
CHAPEL : ST. MARY WONOD, TELUPID.

Apa yang mendorong saya untuk mengikuti kelas IKD pada tahun lalu hingga berakhir tahun ini ialah kerana saya ingin mengetahui dan mempelajari tentang ajaran Katolik. Saya ingin mengetahui siapa Bonda Maria yang disebut-sebut sebagai ratu Surgawi, dan pelindung bagi seluruh umat Kristiani. Saya juga mendapat dorongan daripada isteri saya yang telah dibaptis dalam dalam gereja Katolik dan menerima sakramen penguatan pada tahun 09.06.1992. Saya selalu hadir mengikuti Misa Kudus di gereja Katolik namun, selalu tidak dapat mengikuti upacara sehingga selesai kerana belum dapat menerima komuni. Ini juga mendorong saya menjadi seorang umat Katolik kerana saya mempunyai keinginan untuk menerima Yesus yang hadir di dalam sakramen Ekaristi kudus itu.
Cabaran yang saya hadapi ialah soalan-soalan dalam pelajaran IKD itu. Tapi, syukur puji Tuhan akhirnya saya dapat juga menjawab semua soalan-soalan itu dari jilid 1 hingga jilid 3. Puji Tuhan Yesus Kristus kerana Dia menyertai saya sewaktu dalam pembelajaran tersebut.
Perubahan yang saya alami sebelum dan selepas mengakui dosa-dosa saya dan selepas dibaptis, saya amat senang hati dan gembira. Juga menjadi lebih baik dapat mengawal emosi dengan tenang lebih murah hati dan senang menolong orang yang memerlukan.
Saya berharap iman saya akan terus berkembang dan berharap akan dapat menyertai lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti yang ada dalam gereja pada masa hadapan. Amen.

 

 

NAMA : LORINA BINTI J KIMIN
UMUR : 36 TAHUN
ASAL : KG.ENTILIBON, TONGOD

Dengan kerelaan hati saya sendiri untuk menjadi seorang katolik dan anak-anak saya adalah pendorong utama saya untuk menjadi seorang katolik kerana anak-anak saya perlukan bimbingan dari saya sebagai ibu kepada mereka.
Pertama sekali ikut belajar saya bersalin yang ini saya sudah sampai kepada penerimaan pertama. Saya sempat putus asa sebab tidak dapat ikut jadual yang ditetapkan disebabkan kengkangan masa. Namun, saya merancang mahu belajar lagi tapi saya pergi sambung belajar dan halangan dari pandemik Covid 19. Kali ke-3 saya mendaftar selepas 10 tahun mencuba di St. Emmanuel, Liningkung tahun lalu (2022) dan sehingga tahun ini (2023) baru saya berjaya menjadi seorang Katolik.
Rasa disucikan dari bebanan yang besar, rasa hidup yang baru bersama umat katolik. Dan rasa lebih mengimani iman itu sendiri.
Harapan supaya dapat mengekalkan/meneguhkan iman dalam diri. Kedua, dapat sentiasa memperbaharui janji baptis  untuk sentiasa setia kepada kepada Tuhan. Dan ketiga dapat mendalami lagi iman Katolik dan dapat turut serta dalam aktiviti dan pelayanan di gereja.

 

 


NAMA PENUH: AIVY JUSTIN
UMUR              : 27
ASAL               : BAPA ASAL KG ANSUAN TELUPID DAN IBU ASAL KG MALINSAU RANAU DAN MENETAP DI KG KIABAU IKUT SUAMI.

Yang mendorong saya untuk menjadi seorang Kristian Katolik ialah saya dengan sendiri tergerak hati untuk pindah masuk belajar IKD, kerana keinginan ingin tahu bagaimana umat Katolik melayani dalam gereja, dan ingin tahu bagaimana perjalanan Yesus sebelum dibangkitkan, dan sudah tentu ingin anak-anak saya dapat di baptis setelah saya menjadi umat Katolik, dan mahu perkahwinan saya dan suami diberkati di dalam gereja Katolik.

Cabaran sepanjang masuk Katolik adalah, kesibukan kerja kerana pada waktu itu saya berkerja dan sukar mendapat cuti untuk ke gereja belajar IKD, syukur puji Tuhan dalam satu bulan saya dapat mohon cuti pada hari ahad dua kali atau tiga kali sebulan dan bila saya tidak dapat menghadiri kelas, saya akan buat latihan dan hantar kertas kerja saya setiap bab yang saya tidak dapat hadir pada pembimbing saya, dan pada waktu itu juga kami tidak dapat meneruskan kelas IKD kerana pada waktu itu Malaysia dilanda covid dan tidak ada kelas IKD sepanjang covid itu.

Perasaan selepas dibaptis/penerimaan rasa seperti diri menjadi baru seperti dilahirkan ke dunia, rasa syukur yang tidak terhingga, rasa gembira akhirnya saya menjadi sebahagian umat Katolik.

Harapan saya setelah menjadi umat Katolik, saya mahu lebih mengenali dan mendalami, pelajari lebih lagi tentang Tuhan Yesus agar iman saya sentiasa tumbuh dan berkembang agar saya dapat mendidik anak-anak saya dan keluarga saya pentingnya mengaktifkan diri dlm gereja Katolik agar iman kami sebagai Kristian Katolik tidak hilang, dan lebih penting mahu Tuhan selalu menyertai dalam perjalanan kehidupan kami.

 

 


NAMA  : WANIY JANIUS
UMUR  : 29 TAHUN
ASAL   : KG. BUIS TELUPID

Bagi saya, apa yang mendorong untuk saya masuk Kristian Katolik adalah mengikuti suami saya.

Cabaran saya pula, mengikuti Katolik adalah saya harus belajar lebih dalam lagi tentang iman Katolik. Selain itu, saya kena membahagikan masa bekerja untuk hadir ke kelas bagi memberi laluan kepada rakan sekerja saya yang juga Kristian Katolik untuk pergi ke gereja.

Perasaan saya selepas dibaptis ketika itu, saya sangat gembira, rasa bersyukur, damai sukacita.

Harapan saya setelah saya sudah memasuki Kristian Katolik, semoga Tuhan terus memberkati serta menyertai dalam pembentukkan iman saya untuk menjadi umat Katolik. Saya juga berharap agar suami saya sentiasa membimbing saya agar dapat lebih mengenali ajaran Katolik supaya iman saya terus bertumbuh.

 

 


NAMA  : ROZIANA PRIMUS
UMUR  : 30 TAHUN
ASAL      : KAMPUNG BUIS, TELUPID

Suami dan kawan-kawanlah yang telah mendorong saya untuk mahu mengimani Kristian Katolik. Niat saya terhalang kerana Pandemik Covid-19. Namun, selepas saya dibaptis, saya berasa sangat gembira, tenang dan rasa selamat selepas Tuhan Yesus menebus dosa saya. Semoga iman Katolik saya terus teguh dan menjadi saksi setia Kristus.

 

 

 

 

 

NAMA  : REIJI CONCEPTION
UMUR  : 32 TAHUN
ASAL   : KENINGAU (SEKARANG MENETAP DI KG. GAMBARON BERSAMA SAUDARA MARA)

Saya salah satu dari calon baptisan (IKD/ Inisiasi Kristian Dewasa) yang sudah pun dibaptis baru-baru ini ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang perjalanan saya dalam pertemuan kelas IKD yang telah banyak membantu saya membentuk iman Kristiani di dalam kehidupan seharian saya.

Orang-orang yang selalu mendorong saya untuk menjadi seorang Kristian Katolik adalah keluarga dan saudara-mara saya yang memang sudah lama menjadi umat Katolik, lalu hati saya pun terbuka luas untuk menerima pelajaran yang lebih banyak dalam kelas IKD dan sehinggalah saya merasa lebih percaya akan Tuhan Yesus Kristus yang dikandung dari Roh Kudus, dan dilahirkan oleh Santa Perawan Maria.

Cabaran sepanjang perjalanan saya untuk menjadi Kristian Katolik bukanlah mudah kerana banyak godaan duniawi dan tragedi menyedihkan yang saya alami namun saya sangat berterima kasih di atas ajaran pembimbing saya dan pesanan homili dari Rev. Fr. Christopher Ireneus yang membuatkan iman Kristiani saya lebih kukuh untuk menghadapinya.

Akhirnya, selepas saya dibaptis, saya betul-betul sangat bersyukur dengan Tuhan dan merasa hidup saya lebih bermakna dengan adanya Juruselamat, Tuhan Yesus Kristus sebagai pedoman jalan hidup saya selama-lamanya.

Dengan adanya keutuhan iman saya sebagai seorang Katolik, harapan untuk saya lebih dekat dengan Tuhan akan lebih tinggi. Setinggi kemahuan saya untuk terus menurut kehendak Allah Bapa yang ada di syurga agar terpujilah nama-Nya , Yesus Kristus kini, selalu dan sepanjang segala masa.