Disediakan oleh: SOCCOM Katekatikal St. Martin, Telupid
TELUPID – Pada 13 Ogos 2023 yang lalu, Paroki St. Martin, Telupid telah menjalankan upacara pelantikan katekumen bagi sesi 2023/2024. Seramai 144 orang dari seluruh paroki telah menerima pelantikan menjadi katekumen yang disempurnakan sendiri oleh paderi paroki iaitu Rev. Fr. Christopher Ireneus.
Sebelum upacara pelantikan, paderi sempat memberikan pesanan kepada bakal katekumen. “Pelantikan menjadi katekumen merupakan satu panggilan Tuhan dan ini adalah perjalanan yang memberikan kita kesempatan untuk menyedari serta merenung kehadiran Tuhan melalui setiap pertemuan IKD dan firman Tuhan yang didengar setiap minggu. Meskipun belum menerima sakramen dan masih dalam proses mengenal ajaran Katolik, marilah kita tetap berjalan bersama.” Demikianlah kata-kata paderi yang memberi semangat dan dorongan kepada semua yang akan menerima pelantikan sebagai katekumen.