Disediakan Oleh : Macshamus Bilcher ( SOCCOM )

Pada 13 hingga 14 September yang lalu, Komisi Pelayanan Hidup Keluarga Keuskupan Sandakan yang terdiri dari paroki St Mary, Sandakan, paroki Our Lady of Fatima, Beluran, paroki St. Martin, Telupid dan Misi Paitan telah mengadakan Seminar Pengayaan Perkahwinan bertempat di Katedral St Mary, Sandakan. Seminar tersebut bertemakan “Keluarga, di atas bumi seperti di dalam syurga”. Pada kali ini, Romo Eko Wahyu, OSC telah diundang bersama sebagai penceramah jemputan dari Keuskupan Bandung Indonesia. Antara objektif yang diadakan ialah agar pasangan lebih tahu hala tuju sebenar keluarga dan sedar akan tanggungjawab untuk menjalani misi bersama Kristus dalam kesatuan kekeluargaan agar dapat mencapai tahap kekudusan menurut standard-Nya.

Sesi Adorasi Maha Kudus dan penyembuhan yang dipimpin oleh Romo Eko Wahyu OSC

Acara dimulakan dengan Sesi ceramah sebanyak 5 Topik yang telah dikupas oleh Romo Eko Wahyu. Sesi sesi tersebut adalah  Cinta keluarga, vokasi dan panggilan menuju kekudusan,Cinta Perkahwinan(Nuptial love),Mereka kehabisan wain, Sudah tetapi belum lagi dan Perdamaian dan Kesannya kepada pasangan dan keluarga.

Romo Eko Wahyu OSC berceramah tentang perkahwinan dalam Gereka Katolik

Setelah itu, sesi menulis surat cinta kepada pasangan telah diadakan. Namun, mereka yang belum mempunyai pasangan juga menulis surat kepada keluarga mereka. Terdapat lima pertanyaan permenungan menyusun surat cinta yang telah diberi oleh Romo Eko.

Lima soalan yang diberi oleh Romo untuk ditulis dalam kertas kepada pasangan atau keluarga

Kemudian surat itu dikongsikan kepada pasangan atau kepada satu kumpulan

Sesi berpasangan menukar surat cinta mereka.

Misa Kudus yang dipimpin oleh Romo Eko dan concelebrant Rev Fr Thomas Makajil dan Rev Fr Arthur John

Selain daripada itu, terdapat sesi pengakuan dosa dan diakhiri dengan Misa Kudus pembaharuan janji perkahwinan. Acara diteruskan dengan majlis makan Malam Kesyukuran bersama Romo Eko di Grand Harbour Ballroom.

AJK Family Life dari Sandakan, Beluran, Telupid dan Misi Paitan menghulurkan tanda penghargaan kepada Romo Eko

Untuk seminar pada kali ini, seramai 271 peserta telah mendaftar dan usia perkahwinan yang paling tua iaitu usia 55 tahun perkahwinan. Mereka adalah Sdra Ireneus Mustari Anun dan isteri Puan Rosinah Jamiah Salleh yang merupakan Ayah dan Ibu kepada Rev Fr Christopher Ireneus.

Sdra. Ireneus dan isteri Pn. Rosinah dengan petuannya demi mengekalkan perkahwinan adalah BERDOA BERSAMA SELALU. Tahniah!

Persembahan dari OLOF Beluran semasa Majlis makan malam di Grand Ballroom Harbour Sandakan