Gambar dan Artikel disediakan oleh: Javy Jimmy

TELUPID – Pada 8 Disember 2024, rekoleksi dan pengutusan karoling telah dijalankan di Gereja Paroki St. Martin. Rekoleksi yang bermula pada jam 3 petang ini telah dihadiri seramai 227 umat katolik yang terdiri daripada 21 Kumpulan karoler dari 5 Zon iaitu Zon Padre Pio, St. Roderick, St. Thomas, St. Susanna, dan St. Nicholas. Tema bagi rekoleksi kali ini ialah “Bertobatlah, persiapkanlah jalan bagi Tuhan”  (Lukas 3:1-6).

Objektif rekoleksi ini bertujuan mempersiapkan diri para karoler untuk menyampaikan berita kedatangan Yesus Kristus ke dunia yang akan lahir melalui nyanyian lagu-lagu Adven.

Sedikit petikan daripada pengisian rekoleksi ini yang disampaikan sendiri oleh Paderi Paroki Rev. Fr. Christopher Ireneus iaitu “Kita harus memusatkan perhatian kita sebagai karoler kepada Kristus, Gereja menyambut Adven untuk mempersiapkan diri kita untuk menyambut kedatangan sang penyelamat Yesus Kristus serta kita harus mengerti akan tata cara penyampaian yang betul semasa lawatan para karoler (Pembawa Berita Gembira) kepada umat Katolik di rumah ke rumah atau perkumpulan bersama KKD”.

Rekoleksi berakhir dengan Pengutusan Para Karolers oleh Rev. Fr. Christopher.